Friday, February 27, 2009

Program Tazkirah Perdana

Tuan,

MEMOHON MEMBUAT RAKAMAN PROGRAM TAZKIRAH PERDANA

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan program Tazkirah Perdana iaitu seperti butiran berikut:

Tarikh : 27 Februari 2009
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Jamuan 2, UTHM
Penceramah: Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki
( Ahli Majlis Agama Negeri Sembilan)
Tajuk Ceramah : Diskusi Kitab Al Syamail Al Muhammadiah (Kesempurnaan Rasulullah SAW)
Karangan Imam Tirmizi

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon agar pihak tuan membuat rakaman di sepanjang program tersebut berlangsung dan membuat siaran tertunda di UCiTV UTHM. Adalah diharapkan agar tuan dapat meluluskan permohonan tersebut dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program yang dirancang.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang benar,

DR HUSSAIN BIN HJ OTHMAN
Pengarah Pusat Islam
ext:7491

**********

ATURCARA

8.00 pagi - Pendaftaran peserta
8.45 pagi - Bacaan doa
9.00 pagi - Ceramah
11.00 pagi - Jamuan & bersurai

No comments: