Saturday, February 14, 2009

Finishing School 2009

Tuan,

MEMOHON PERKHIDMATAN UNIT UCITV BAGI PROGRAM FINISHING SCHOOL 2009

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan Pusat Pembangunan Akademik (CAD) akan mengadakan program "Finishing School" 2009 pada 14hb Februari 2009 hingga 14hb Mac 2009 bertempat disekitar kampus universiti.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin meminta jasa baik daripada pihak tuan agar dapat menyediakan khidmat jurugambar dan juga perakam video sepanjang program tersebut dijalankan.

4. Bersama ini disertakan tentatif program untuk tindakan pihak tuan.

5. Perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar
AHMAD FU'AD BIN IDRIS
Ketua Jabatan Jaminan Kualiti Akademik
Pusat Pembangunan Akedemik

No comments: