Saturday, February 21, 2009

Program Battle Of The Band 2009

Tuan,

MEMOHON BANTUAN PENGGAMBARAN (UCiTV) BAGI PROGRAM BATTLE OF THE BAND 2009

Dengan segala hormatnya perkara berkaitan di atas adlah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Jawatankuasa Pelajar Tanpa Asrama (JKPTA) akan menganjurkan program "Battle of The Band 2009" seperti butiran berikut:-

Tarikh : 21 Februari 2009
Masa : 8.00 pagi - 12.00 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) UTHM

3. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya pihka kami memohon jasa baik pihak tuan bagi menyediakan petugas UCITV bagi tujuan penggambaran program tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat berkaitan untuk perhatian pihak tuan.

4. Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

'DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA'

Yang Benar
MOHD SYAHIR BIN MOHD KASSIM
Pengarah Program Made In Malaysia Battle 2009
0137029313

************
2 Orang Juri
1. En Anuar Bin Othman

VIP:
NC, TNC, Semua Pengetua Kolej Kediaman & Pengetua Pelajar Tanpa Asrama

No comments: