Sunday, March 3, 2024

Majlis Pelancaran Aplikasi UTHMDigital







Majlis Pelancaran Aplikasi UTHMDigital

Tarikh : 3 Mac 2024 (Isnin) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Jamuan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.

Pusat Teknologi Maklumat (PTM) UTHM telah melancarkan aplikasi baharu UTHMDigital yang merupakan salah satu inisiatif dan usaha pendigitalan Pusat Teknologi Maklumat yang telah di rangka dalam Pelan Halatuju Pembangunan Sistem pada tahun 2021. UTHMDigital merupakan satu platform digital rasmi bagi staf UTHM yang bertujuan untuk menyediakan akses setempat kepada staf melaksanakan tugasan yang diperlukan.
Majlis pelancaran UTHMDigital yang berlangsung di Dewan Jamuan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah UTHM kampus induk telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Shahruddin Hj. Mahzan @ Mohd Zin, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), wakil rasmi Naib Canselor, turut dihadiri Prof. Ir. Dr. Yusri Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Digital Universiti, Encik Hasry Harun, Ahli Lembaga Pengarah UTHM, Prof. Ir. Dr. Md Saidin Wahab, Penolong Naib Canselor (Digital Dan Infrastruktur)/Ketua Pegawai Digital, Pegawai-Pegawai Kanan Universiti, Ahli-ahli Jawatankuasa Digital Universiti dan Staf UTHM.

No comments: