Sunday, March 10, 2024

Minggu Haluan Siswa Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2023/2024


 

Majlis Amanat Naib Canselor dan Ikrar Mahasiswa Sempena Minggu Haluan Siswa Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2023/2024

Tarikh : 10 Mac 2024 (Ahad) Masa : 2.00 pm Tempat : Dewan Sultan Ibrahim UTHM
YB Prof. Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM hari ini hadir menyampaikan amanat beliau berkaitan hasrat dan harapan universiti kepada mahasiswa baharu program Ijazah Sarjana Muda yang telah mendaftarkan diri pada 8 Mac 2024.
Program anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar turut dihadiri Prof. Sr. Ts. Dr. Hj. Lokman Hakim Hj. Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Shahruddin Hj. Mahzan @ Mohd Zin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Ts. Dr. Rabiah Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Madya Dr. Afandi Ahmad, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Encik Naim Maslan, Pendaftar/Ketua Pegawai Operasi, Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM.
Turut berlangsung, Majlis Lafaz Ikrar Mahasiswa Baharu Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2023/2024.
Semua pelajar baharu akan mengikuti Program Minggu Haluan Siswa (MHS) dari 8 hingga 14 Mac 2024.
Pihak universiti mengucapkan TAHNIAH DAN SYABAS kepada mahasiswa baharu yang telah terpilih melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi kemasukan Semester II Sesi 2023/2024.

No comments: