Monday, March 11, 2024

Sesi Bersama Kepimpinan Negara Sempena MHS Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2023/2024



Sesi Bersama Kepimpinan Negara Sempena Minggu Haluan Siswa Program Ijazah Sarjana Muda Semester II Sesi 2023/2024

Tarikh : 11 Mac 2024 (Isnin) Masa : 11.30 pagi - 1.00 ptg Tempat : Dewan Sultan Ibrahim UTHM.

Datuk Md. Jais Sarday,
Ahli Lembaga Pengarah Universiti hari ini hadir menyampaikan amanat mewakili kepimpinan negara kepada pelajar baharu Program Ijazah Sarjana Muda.
Program anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar turut dihadiri Prof. Sr. Ts. Dr. Hj. Lokman Hakim Hj. Ismail, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Shahruddin Hj. Mahzan @ Mohd Zin, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Afandi Ahmad, Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh, Pegawai-pegawai Kanan Universiti dan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UTHM.
Turut berlangsung Majlis Pelancaran Sistem Maklumat Bantuan Kebajikan Bersepadu (SMART), Pelancaran Program " Sebutir Kasih, Seikhlas Budi" dan Penyerahan Mock Cheque Bantuan Kebajikan Pelajar B40 UTHM oleh Pusat Pengajian Bahasa UTHM serta penyampaian sijil kepada sekretariat Minggu Haluan Siswa.

No comments: