Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan Persatuan Profesional Digital Malaysia (Digital Pro) anjuran Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), UTHM
Tarikh : 26 Feb 2024 (Isnin) Masa : 11.00 pagi Tempat : Dewan Jamuan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.
Sesi menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh En. Naim Maslan, Pendaftar/ Ketua Pegawai Operasi UTHM dan En. Es’aedi Asmit, Bendahari Digital Pro. Turut hadir Prof. Madya Ts. Dr. Azizul Azhar Ramli, Dekan Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Pegawai-pegawai Kanan Universiti, pengurusan FSKTM dan delegasi daripada Digital Pro.
MoU ini adalah sebagai tanda persefahaman bagi kerjasama di dalam bidang teknologi maklumat meliputi aktiviti penyelidikan dan pembangunan maklumat, latihan industri, inovasi dan pengkomersialan, perkongsian ilmu, pembangunan makmal dan kerjasama lain yang bakal dirancang di antara UTHM dan Digital Pro.
No comments:
Post a Comment