Wednesday, April 21, 2021

Webinar Sukan UTHM Siri 3/2021 : From Zero to Hero


 JEMPUTAN PROGRAM WEBINAR SUKAN UTHM SIRI 3/2021: FROM ZERO TO HERO :Inspirasi Kejayaan Bersama Tokoh Sukan Negara

Bersama Muhammad Ziyad Zolkefli , Atlet Paralimpik Negara

 Tarikh             :            21 April 2021 (Rabu)

 Masa               :           10.00 pagi hingga 12.00 tengahari

 Panel              :            Muhammad Ziyad bin Zolkefli

                                     (Atlet Paralimpik Negara 2013 dan Pemenang

                                     Pingat Emas Paralimpik Rio, Brazil)       

 Saluran           :           Youtube UTHM TV


- Pautan google form akan dihebahkan sejurus selesai program sebagai bukti kehadiran dan e-sijil.

Kenali Ziyad Zollefli, Atlet Paralimpik Negara🇲🇾
1. Berusia 26 tahun, Ziyad menghidap masalah pembelajaran (intellectual impairment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.
2. Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.
3. Menurut portal Paralympic, Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008. Ia merupakan satu acara sukan yang wajib di sekolahnya.
4. Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohanan Paralimpik di London pada tahun 2012 dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.
5. Beliau pernah memenangi pingat emas kategori F20 Lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada tahun 2013.
6. Selain itu, Wikipedia melaporkan, Ziyad turut meraih pingat emas dalam Sukan Para Asia yang berlangsung pada tahun 2014.
7. Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi Tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.
8. Menurut ayahnya, Zolkefli, sebelum Ziyad menyertai Majlis Sukan Negara, beliau menjual kuey tiau di Jalan Tunku Abdul Rahman, lapor Free Malaysia Today.

No comments: