Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
YBhg. Prof. Datuk / Prof. / Tuan / Puan,
SEMINAR
MENJEJAK PINTU AR-RAYYAN - RAMADAN, AL-QURAN DAN ANDA ANJURAN PEJABAT
PENDAFTAR DENGAN KERJASAMA PUSAT ISLAM & PUSAT PEMBELAJARAN ATAS
TALIAN TAHAP GLOBAL
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat
Islam & Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global akan
menganjurkan Seminar Menjejak Pintu Ar-Rayyan - Ramadan, Al-Quran &
Anda. Butiran program adalah seperti berikut:-
Tarikh & Hari: 27 April 2021 (Selasa)
Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Masjid Sultan Ibrahim, UTHM (Juga disiarkan secara langsung di saluran Youtube UTHM TV)
Barisan Panel :
1. Al Fadhil Ustaz Luqmanul Hakim bin Abdul Rahman (https://www.facebook.com/ jomkitakekuliahustazluqmanulha kim/)
Pegawai Majlis Agama Islam Johor
2. Al Fadhil Ustaz Mohd Lotfi bin Solihan
Pengarah Pusat Islam UTHM
3. Al Fadhil Ustaz Muhammad Amirulhakim bin Saparudin
Moderator, Pusat Islam UTHM
Jom sertai sekarang! (log in menggunakan username & id TCIS).
Pautan dibawah hanya untuk kehadiran secara fizikal sahaja.
(Sekiranya kursus ini tidak lagi dipaparkan dalam laman web diatas, penyertaan bagi kursus ini telah ditutup.)
3.
Sehubungan dengan itu, YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan
yang berminat dan berkelapangan adalah dijemput
menyertai kursus tersebut. Pen yertaan adalah terhad kepada 200 orang terawal sahaja
berdasarkan kapasiti ruang masjid yang telah dihadkan untuk
penjarakan sosial. Bagi peserta yang tidak berkesempatan untuk hadir
secara bersemuka, seminar ini turut disiarkan secara langsung di saluran
UTHM TV (https://www.youtube.com/c/ UTHMTV).
4. Peserta yang melengkapkan Borang Analisa Kursus di
akhir kursus akan memperoleh 1 Hari Latihan dalam Rekod Hari Latihan
staf masing-masing. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi urusetia
07-453 7586 (Encik Mohamad Luqmanul Hakim bin Omar)
Sekian, Terima Kasih.
APA YANG ANDA AKAN PEROLEHI MELALUI SEMINAR MENJEJAK PINTU AR-RAYYAN - RAMADAN, AL-QURAN DAN ANDA?
1) Meningkatkan kesedaran untuk menghidupkan amalan membaca Al-Quran pada bulan Ramadan dan bulan-bulan seterusnya.
Sekian, terima kasih
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"
"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"
Bahagian Pengurusan Organisasi dan Kompetensi
Aras 1 Pejabat Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Tel: 07-453 7133 / 7136 / 7130 / 7586
No comments:
Post a Comment