Sunday, April 4, 2021

Majlis Menandatangani MOA UTHM-PSSB




Majlis Menandatangani MOA UTHM-PSSB

Tarikh : 4 April 2021 ( Ahad ) Masa : 10.00 pagi Tempat : Dewan Baquet, UTHM

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara UTHM dengan Perisind Samudra Sdn. Bhd. bertempat di Bilik Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim UTHM.
YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM telah menurunkan tandatangan bagi pihak UTHM manakala pihak Perisind Samudra Sdn. Bhd. telah diwakili oleh YBhg. Dato’ Mohd Shafiee bin Mohd Sanip, Pengarah Urusan, Perisind Samudra Sdn Bhd. yang telah disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Ibrahim bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YBhg. Timbalan-Timbalan Naib Canselor UTHM, YBrs. En. Kasrul Nazrin Kasim, Pengarah Eksekutif, Perisind Samudra Sdn Bhd, YBrs. En. Norisham Abdullah, Pengarah, Perisind Samudra Sdn Bhd dan Pegawai-Pegawai Kanan Universiti.
Turut berlangsung Penyerahan Mock Cheque RM1 juta daripada pihak Perisind Samudra Sdn. Bhd. kepada pihak UTHM dan mengelilingi kampus menaiki Bus Elektrik yang dibangunkan oleh pihak Perisind Samudra Sdn. Bhd.

No comments: