Friday, April 9, 2021

Majlis Penyerahan Telaga Tiub (Tube well) oleh Yayasan Amal Malaysia Johor dan UTHM kepada Pondok Anwarul Mahabbah






 Majlis Penyerahan Telaga Tiub (Tube well) oleh Yayasan Amal Malaysia Johor dan UTHM kepada Pondok Anwarul Mahabbah

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Alhamdulillah dengan izin Allah, Projek Wakaf Telaga Tiub (Tube well) di Pondok Anwarul Mahabbah oleh Yayasan Amal Malaysia Johor dan UTHM telah berjaya dilaksanakan. Sumber bekalan air semulajadi bawah tanah ini boleh menampung 840 liter air setiap jam.
Pada 9 April 2021 , telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Telaga Tiub (Tubewell) oleh Yayasan Amal Malaysia Johor dan UTHM kepada Pondok Anwarul Mahabbah,Kluang Johor. Alhamdulillah, majlis penyerahan ini telah disempurnakan bersama oleh:
-Tn Hj Salleh bin Farmin
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Johor
-Prof Datuk TS Dr Wahid Razally
Naib canselor UTHM
- Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
Penaung Pondok Anwarul Mahabbah
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Projek Wakaf Telaga Tiub (Tubewell) Pondok Anwarul Mahabbah ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada penyumbang yang telah menjayakan projek wakaf tubewell ini. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat keberkatan daripada Allah.. dan semoga bekalan air ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga Pondok Anwarul Mahabbah.

🌹 *Wakaf Telaga Madrasah Tahfiz Dan Komuniti*🌹
🔹Yayasan Amal Malaysia
🔹Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
▶️ *FASA 1*:
Pondok Anwarul Mahhabah ( Penasihat Sheikh Nuruddin Al Banjari) berjaya dilaksanakan dgn Kos Sumbangan RM20k.
▶️ *FASA 2* :
Wakaf telaga di Lokasi Madrasah dan Komuniti ( 1 unit- segamat, 2 unit - mersing, 2 unit - Indonesia, 4 unit - Komuniti Tg. Sedili)
⭐🌹Peluang keemasan untuk mengejar Amalan Jariah Kita yg berpanjangan Dan semoga Allah memberkati Kita semua....🌹
Infaq Tuan/Puan
➡️ke Akaun atas Nama ▶️Yayasan Amal Malaysia .
No Akaun : *551061324616* maybank
Catatan : Telaga 2
🌸Cara Niat🌸
✳️Sahaja aku berwakaf telaga ini atas Nama diri saya/ Nama yg diniatkan dengan jumlah sumbangan yang tersebut kerana Allah Ta'ala✳️
🌹Sendkan resit sumbangan kepada➡️
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
🌱Ya Allah, Kau permudahkan mereka - mereka Yang sentiasa menginfaqkan harta mereka ke jalanMu.
Aaminnnn
#Kluster Water4life
Yayasan Amal Malaysia
#Univeriti Tun Hussein Onn Malaysia

No comments: