Friday, April 24, 2015

Mencari Secebis Iman 2015

Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera,

Y. Bhg Prof. Dato/Prof. Tuan/Puan

JEMPUTAN KE PROGRAM MENCARI SECEBIS IMAN 2015 ANJURAN KOLEJ KEDIAMAN TUN SYED NASIR UTHM

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sukacitanya dimaklumkan Kolej Kediaman Tun Syed Nasir UTHM akan menganjurkan Mencari Secebis Iman 2015 Anjuran Kolej Kediaman Tun Syed Nasir Dengan Kerjasama Pusat Islam, KSUTHM dan Biro Kerohanian & Etika Kolej-Kolej Kediaman UTHM yang akan diadakan pada 24 April 2015 bertempat di lokasi seperti berikut:-
           
2.1       Pertandingan Bacaan Kutbah & Alunan Azan
                        Tarikh              :           24 April 2015 (Jumaat)
            Masa               :           08.30 pagi hingga 1.00 petang
            Tempat            :           Pusat Islam UTHM

2.2       Pertandingan Hafazan
            Tarikh              :           24 April 2015 (Jumaat)
            Masa               :           08.30 pagi hingga 1.00 petang
            Tempat            :           Auditorium, Perpustakaan Tunku Aminah UTHM

2.3       Pertandingan Tilawah Al-Quran
            Tarikh              :           24 April 2015 (Jumaat)
            Masa               :           08.30 pagi hingga 1.00 petang
            Tempat            :           Mussolla KKTSN UTHM

2.4       Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah
            Tarikh              :           24 April 2015 (Jumaat)
            Masa               :           3.00 petang
            Tempat            :           Dewan Al-Farabi Pusat Islam UTHM

3          Sehubungan itu, pihak kami dengan segala hormatnya menjemput Y.Bhg Prof. Dato/Prof. Tuan/Puan dijemput hadir ke program tersebut. Semoga dengan kehadiran Y. Bhg Prof. Dato/Prof. Tuan/Puan akan dapat menyerikan lagi majlis sekaligus menyuntik semangat kepada para peserta yang bertanding. Segala kerjasama dan perhatian daripada Y. Bhg Prof. Dato/Prof. Tuan/Puan adalah amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

Yang benar,


Pejabat
Kolej Kediaman Tun Syed Nasir
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
07-4537890

No comments: