Thursday, July 18, 2013

Tazkirah Ramadhan 2013 Siri 1

Tazkirah Ramadhan 2013 Siri 1

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh,

Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pihak Kelab Pustaka, Perpustakaan Tunku Tun Aminah akan menganjurkan program Tazkirah Ramadan. Program ini mengandungi 3 siri tazkirah yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. Butiran lengkap Siri Pertama program ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 18 Julai 2013 (Khamis), Bersamaan 9 Ramadan 1434H
Masa: 9.30 hingga 11.30 pagi
Tempat: Auditorium al-Jazari, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Aras 3
Penceramah: Ustaz Mohd Shahrir bin Abdul Mutalib (Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam UTHM)
Tajuk: Ramadan Kembali Manusia Masih Derhaka

3.         Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput untuk menghadiri program berkenaan. Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan, kehadiran ke program ini akan direkod dan diambilkira dalam jam latihan kursus.

Sekian, terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,


NORHASLINI BINTI ABD ALIM
Pustakawan
Unit Promosi dan Perhubungan Pelanggan
Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
haslini@uthm.edu.my
' 07-4533334

No comments: