Monday, July 8, 2013

Perhimpunan Kecergasan 1Malaysia Siri 5 Tahun 2013


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 3 ( 75 )                                                                               26  Jun  2013
_____________________________

PEKELILING AM BIL. 75 TAHUN 2013
_____________________________

PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 5 TAHUN 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan Universiti akan menganjurkan Perhimpunan Kecergasan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 1 Malaysia Siri 5 Tahun 2013 sepertimana ketetapan berikut :

                        Tarikh              :           8 Julai 2013 (Isnin)
                        Masa               :           8.00 pagi hingga 1.00 tengahari
                        Tempat            :           Dewan Kuliah A (G3)
                        Tajuk               :           Ceramah Diet Rasullah SWT
                        Pakaian           :           Pakaian Sukan
                       
2.         Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.            Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR untuk memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan oleh universiti.

4.         Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus/pengawas peperiksaan.

5.            Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.      -           YBhg. Dato’ Naib Canselor
            -           Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-           Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-           Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-           Penolong-Penolong Naib Canselor
-           Dekan-Dekan Fakulti
-           Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-           Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

SH/MR/ash/21.06.2013/Pekeliling Am UTHM






********************************************



TENTATIF
PERHIMPUNAN KECERGASAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) 1 MALAYSIA
SIRI 5 TAHUN 2013


Tarikh       :      8 Julai 2013 (Isnin)
Masa          :      8.00 pagi – 1:00 tengahari
Tempat     :      Dewan Kuliah A (G3)

 Tentatif :

8.30 pg - 9.00 pg : Pendaftaran
9.00 pg - 9.15 pg : Sesi pemanasan badan ( Energetic Chair Aerobic)
9.15 pg - 11.45 pg : Ceramah Diet Rasullulah SWT
11.45 pg - 12.15 tgh : Tips bagaimana menghilangkan 10kg-15kg semasa Ramadhan
12.15 tgh - 1.00 ptg : Sesi soal jawab






***********************************************

No comments: