Tuesday, July 23, 2013

PROGRAM TAZKIRAH RAMADAN SIRI KEDUA


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh,

Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, pihak Kelab Pustaka, Perpustakaan Tunku Tun Aminah akan menganjurkan program Tazkirah Ramadan. Program ini mengandungi 3 siri tazkirah yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan. Siri Pertama program ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 18 Julai 2013 lalu. Butiran lengkap Siri Kedua program ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 23 Julai 2013 (Selasa), Bersamaan 14 Ramadan 1434H
Masa : 9.30 hingga 11.30 pagi
Tempat : Auditorium al-Jazari, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, Aras 3
Penceramah : al-Fadhil Ustaz Mohd Assubhi bin Sidon (Pegawai Dakwah, Jabatan Agama Johor Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat)
Tajuk : Manipulasi Ibadah dalam Bulan Ramadan

3.         Sehubungan dengan itu, semua staf adalah dijemput untuk menghadiri program berkenaan. Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan, kehadiran ke program ini akan direkod dan diambilkira dalam jam latihan kursus.

Sekian, terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Yang benar,


NORHASLINI BINTI ABD ALIM
Pustakawan
Unit Promosi dan Perhubungan Pelanggan
Perpustakaan Tunku Tun Aminah
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
haslini@uthm.edu.my
' 07-4533334

No comments: