Monday, July 1, 2013

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2012


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/5/1 Jld. 3 ( 76 )                                         27 Jun 2013

_________________________________

PEKELILING AM BIL. 76 TAHUN 2013
_________________________________
                                                                            
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2012
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Adalah dimaklumkan bahawa Universiti akan mengadakan majlis di atas seperti butiran berikut:

               Tarikh         :        01 Julai 2013 (Isnin)
                  Masa           :        2.00 petang
                  Tempat      :        Dewan Konvokesyen

2.       Semua staf dijemput hadir ke majlis yang diadakan tersebut. Staf dikehendaki merekodkan kedatangan di Dewan Konvokesyen.  Semua Dekan /Pengarah /Pengurus /Ketua Pusat /Bahagian/ Unit diminta untuk memastikan semua staf  hadir ke majlis yang diadakan.

3.       Pengecualian diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawas Peperiksaan, Pengawal Keselamatan, Operator Telefon serta staf yang komited dengan program/aktiviti seperti persidangan/seminar/kursus.

4.       Bersama-sama ini dilampirkan aturcara untuk rujukan YBhg. Prof. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan.

Sekian.  Terima Kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,


SULAM BIN HAMID
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.    -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-        Penolong-Penolong Naib Canselor
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit



SH/MR/FJ/27.06.2013/Pekeliling Am UTHM


ATUR CARA
MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2012
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
1 JULAI 2013 (ISNIN)
DEWAN KONVOKESYEN
2.00 petang : Ketibaan Staf dan Tetamu Jemputan
2.15 petang : Ketibaan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2.30 petang : Majlis bermula :
  • Nyanyian Lagu “Negaraku” dan “Bangsa Johor”
  • Bacaan Doa

: Ucapan Yang Berusaha Tuan Haji Sulam bin Hamid selaku Pengerusi
Jawatankuasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012
: Ucapan Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
: Penyampaian Anugerah :
  • Anugerah Jasa Bakti oleh Tuan Haji Sulam bin Hamid

: Selingan
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin

: Nyanyian Lagu “Gemilang UTHM”
: Sesi Bergambar Penerima Anugerah di Lobi Dewan Konvokesyen
: Jamuan


No comments: