Monday, December 10, 2012

UNESCO International Civil Aviation Day 2012




Assalamualaikum w.b.t. / Salam Sejahtera

YBhg. Prof. Dato' / Prof. / Tuan / Puan,

PROGRAM  UNESCO INTERNATIONAL CIVIL AVIATION DAY 2012

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan akan menganjurkan  Program UNESCO International Civil Aviation Day 2012 seperti butiran berikut:


Program : UNESCO INTERNATIONAL CIVIL AVIATION DAY 2012
Tema : Aviation: Your Reliable Connection to the World".
                Tarikh : 10 Disember 2012
                Tempat : Bilik Seminar 1 & 2, Aras 3, Perpustakaan UTHM
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Penceramah      :               Y.Bhg. Dato’ Kamil bin Aziz
                                                                Ketua Pegawai Eksekutif AIROD Sdn. Bhd.
Tajuk ceramah :               “Kelestarian Aktiviti Penyenggaraan Pesawat Terbang di Malaysia”

               
2. Sehubungan dengan itu, pihak fakulti amat berbesar hati menjemput semua warga UTHM bagi memeriahkan lagi sambutan program pada tahun ini. Program ini juga akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf. Tentatif penuh bagi program ini adalah seperti yang dilampirkan.

3. Kerjasama dan perhatian daripada Y.Bhg. Prof. Dato' / Prof. / Tuan / Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”


Prof. Ir. Dr. Hj. Abas bin Ab. Wahab
Pengarah
UNESCO International Civil Aviation Day 2012
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

      Atur Cara Majlis Perasmian
  Sambutan UNESCO International Civil Aviation Day 2012
           10 Disember 2012

MASA
AKTIVITI
TEMPAT

10.45 Pagi

11.00 Pagi


Ketibaan Tetamu Jemputan & Pegawai Kanan UTHM

Ketibaan
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor, UTHM

Nyanyian Lagu ‘Negaraku’ dan ‘Bangsa Johor’

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan oleh
YBhg. Prof. Ir. Dr. Hj Abas Ab. Wahab
Pengarah Program UNESCO International Civil Aviation Day2012

Ucapan Perasmian oleh
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor, UTHM

Penyampaian Cenderahati

Nyanyian Lagu ‘Gemilang UTHM’

Bilik Seminar 1 & 2,
Aras 3,
Perpustakaan

12.15 T/hari
Lawatan Tapak Pameran
Ruang Legar 1,
Aras Bawah,
Perpustakaan
12.30 T/hari
Jamuan Makan Tengahari dan Bersurai
Dewan Jamuan,
Aras 5,
Perpustakaan


Aktiviti - Aktiviti 
Sambutan UNESCO International Civil Aviation Day 2012
10 Disember 2012


CERAMAH PERDANA
YBhg. Dato’ Kamil Aziz
Ketua Pegawai Eksekutif AIROD Sdn. Bhd
“Kelestarian Aktiviti Penyenggaraan Pesawat Terbang di Malaysia”

10.00 pagi – 11.00 pagi
Bilik Seminar 1 & 2, Aras 3, Perpustakaan, UTHM


PAMERAN
Agensi-Agensi berkaitan Penerbangan Awam Malaysia

8.30 pagi - 4.30 petang
Ruang Legar 1, Aras Bawah, Perpustakaan, UTHM




PERTANDINGAN

Pertandingan Kapal Terbang Kertas
Kategori: Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah


Pertandingan Mewarna
Kategori Umur: 5 - 9 Tahun

Pertandingan Melukis
Kategori Umur: 9 - 12 Tahun


8.30 pagi - 12.30 t/hari
Ruang Legar 2, Aras Bawah, Perpustakaan,UTHM





No comments: