Thursday, December 13, 2012

Seminar Sehari Bersama Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah




Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Ybhg. Dato'/Prof./Tuan / Puan,

SEMINAR SEHARI BERSAMA DATO’ DR HJ. MOHD FADZILAH KAMSAH : WARGA KERJA IDAMAN – ‘SAYA OK…
BOS

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar akan menganjurkan Seminar Sehari Bersama Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, pakar motivasi terkemuka di negara ini dengan tajuk Warga Kerja Idaman- ’Saya Ok... Bos’. Maklumat lanjut seperti ketetapan berikut:-

            Tarikh              : 13 Dis 2012 (Khamis)
            Masa                : 8.15 pagi – 4.30 petang
            Tempat            : Dewan Konvokesyen, UTHM

3.   Untuk makluman, oleh kerana penyertaan yang terhad bagi menghadiri seminar ini, beberapa kumpulan sasaran telah ditetapkan agar program ini boleh mencapai objektif dikehendaki.

Kategori Peserta

i.    Kumpulan Sasaran   : Staf yang masih belum memenuhi keperluan 40 jam @ 7 hari latihan
      Jumlah Peserta        : 450 orang staf (lampiran nama)     

       Kaedah Penyertaan : Surat panggilan menghadiri seminar tersebut telah diedarkan kepada
                                      peserta (tidak perlu memohon). Pengesahan kehadiran hendaklah 
                                      diberikan selewatnya pada 11 Nov 2012 (Selasa) melalui email untuk tujuan     
                                      tempahan makanan.

* Salah satu kriteria Penilaian Prestasi Tahunan mengambilkira kehadiran jam latihan, pihak urusetia memberi peluang kepada staf yang masih belum memenuhi untuk menambah bilangan jam latihan
     

ii.    Kumpulan Sasaran   : Terbuka kepada staf 
Kaedah Penyertaan: Staf perlu mendaftar penyertaan dalam E-Kursus (sehingga mencapai kuota yang ditetapkan)
Tarikh Tutup          : 11 Nov 2012 (sebelum jam 5.00 petang)

* peserta yang berjaya akan ditawarkan surat panggilan kursus

4.   Akhir sekali, kerjasama dan komitmen pihak Ybhg. Dato'/Prof./Tuan / Puan adalah sangat dihargai. Segala pertanyaan boleh berhubung dengan En Azizam (7130), En Faizal (7132) dan En Anuar (7133).

Sekian, terima kasih.

"Dengan Hikmah Kita Meneroka"


ABDUL MALEK BIN IBRAHIM
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
PEJABAT PENDAFTAR
07-4537125

No comments: