Wednesday, December 5, 2012

Program Bahasa Antarabangsa Kali ke-10 2012


Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM BAHASA ANTARABANGSA KALI KE-10

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan (FSTPi) akan menganjur Program Bahasa Antarabangsa Kali ke-10 yang akan berlangsung pada ketetapan berikut:

Tarikh : 05 Disember 2012 (Rabu)
Masa : 08.00 Pagi – 1.00 tengah hari
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

3. Program pada kali ini akan mengenengahkan bakat-bakat pelajar UTHM dalam membuat persembahan pengucapan berirama (choral speaking) dalam bahasa yang dipelajari oleh mereka pada semester ini. Terdapat 8 bahasa yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar pada kali ini iaitu Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Sepanyol, Bahasa Mandarin, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa.

4. Sehubungan itu, dijemput YBhg. Prof./ Tuan/ Puan untuk turut serta dalam memeriahkan lagi program yang dilaksanakan ini.


Siti Hajar bte Bidin

sitihajar@uthm.edu.my



Tel : 07-4564292
UNIT PROMOSI
PROGRAM BAHASA ANTARABANGSA  KALI KE-10
JABATAN BAHASA & KOMUNIKASI
FAKULTI SAINS, TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN INSAN
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA












No comments: