Thursday, December 6, 2012

MechyFEST 2012

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM MECHYFEST 2012

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kecil Program Pembangunan Pelajar (PROPEM) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan menganjurkan program MechyFEST 2012 seperti ketetapan berikut:

            Program         :           MechyFEST 2012
Tarikh             :           06 - 08 Disember 2012
            Tempat           :           Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII) UTHM
                                                Dewan Terbuka
                                                Tempat letak kereta Dewan Terbuka

3.         Untuk pengetahuan tuan, program julung kali yang diadakan ini adalah merupakan gabungan program – program akademik FKMP yang mempunyai elemen Outcome Based Education (OBE) yang terdiri daripada pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti pertandingan, pameran, seminar serta simulasi perniagaan. FKMP mengambil inisiatif menggabungkan matapelajaran – matapelajaran yang mempunyai elemen tersebut untuk diadakan dalam suatu karnival yang dinamakan MechyFEST 2012.

4.         Untuk maklumat lanjut, boleh layari kami di :

            Laman web     : http://www.mechyfestuthm.com/
            Facebook        : http://www.facebook.com/mechyfestuthm
            Youtube           : http://www.youtube.com/user/mechyfestuthm

5.         Sehubungan dengan itu, pihak majlis amat berbesar hati menjemput Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan untuk hadir dan memeriahkan majlis ini.

Segala perhatian dan kerjasama dari pihak Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan  amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA

Yang benar,


PROF. MADYA DR. YUSRI BIN YUSOF
Dekan
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM
Samb: 7700

No comments: