Thursday, September 22, 2011

program Hari Keamanan Sedunia (UNESCO)

Assalamualaikum...w.b.t

Yg. Bhg. Dato’/ Prof/ Tuan/ Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM HARI KEAMANAN SEDUNIA (UNESCO) PERINGKAT UTHM

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan program Hari Keamanan Sedunia (UNESCO) peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia iaitu seperti butiran berikut :

Tarikh : 22 September 2011
Masa : 8.00 pagi ~ 1.00 petang
Tempat : Dataran Terbuka dan Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput Yg. Bhg. Dato’/ Prof/ Tuan/ Puan dan semua staf di bawah seliaan untuk hadir ke program tersebut. Semoga dengan kehadiran Yg. Bhg. Dato’/ Prof/ Tuan/ Puan, program ini akan diberkati Allah S.W.T hendaknya. Semua staf yang hadir diminta merakam kehadiran di mesin perakam waktu yang disediakan. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk maklumat selanjutnya.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

“DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA”

Yang benar,

PROF. MADYA DR. SYED MUHAMMAD DAWILAH AL-EDRUS
Pengarah Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

ATUR CARA PROGRAM SAMBUTAN HARI KEAMANAN SEDUNIA (UNESCO)
PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Tarikh : 22 September 2011
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail, UTHM

08:00 – 08:30 pagi Ketibaan staf dan tetamu jemputan

08:30 – 08:45 pagi Ketibaan Pegawai-pegawai Kanan Universiti

08:45 – 08:50 pagi Ketibaan Wakil Naib Canselor UTHM

08:50 – 09:00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku dan Bangsa Johor

Bacaan doa
oleh Ustaz Kamal Izhar bin Kamarul Zaman

09:00 – 09:10 pagi Rakaman Langsung Ucapan
oleh Prof. Dr. Kamalain K.Shaath
Presiden Universiti Islam Gaza (IUG), Palestin

09:10 – 09:20 pg Ucapan aluan wakil Aman Palestin
oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman
Pengerusi Eksekutif Aman Palestin

09:20 – 09:45 pagi Ucapan Perasmian & Pelancaran Tabung Aman Palestin
oleh Wakil Naib Canselor UTHM

09:45 – 10:00 pagi Persembahan Puisi bertajuk Saf Terakhir Dibumi Gaza
(Dedikasi Buat Pejuang Keamanan)
oleh Mahasiswa UTHM

10:00 – 10:20 pagi Persembahan “Choral Speaking”
oleh Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading

10:20 – 12:15 tgh Ceramah bertajuk Kejatuhan Khilafah Uthmaniah dan Hubungannya Dengan Palestin
oleh Dr. Mohd Roslan bin Mohd Nor
Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya

Ceramah bertajuk Masjid Aqsa Dalam Bahaya dan Kesannya Pada Ummah
oleh Encik Shaharuzzaman bin Bistamam
Perunding Aman Palestin/Penceramah Isu-isu Palestin

Moderator - Dr. Hj. Rosmaini bin Hj. Tasmin
Ketua Jabatan Pengurusan Kualiti, UTHM

12:15 – 12:30 tgh Persembahan Dokumentari

12:30 – 12:45 tgh Penyampaian Cenderahati

12:45 tgh Bersurai / Jamuan

No comments: