Monday, September 26, 2011

Majlis Diskusi Ilmu Bersempena Sambutan World Environmental Day 2011

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/5/1 ( 83 ) 23 September 2011

_____________________________



PEKELILING AM BIL. 73 TAHUN 2011

_____________________________



MAJLIS DISKUSI ILMU

BERSEMPENA SAMBUTAN WORLD ENVIRONMENTAL DAY 2011

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar serta Unit Kampus Lestari UTHM akan mengadakan Majlis Diskusi Ilmu bertajuk “Climate Change : What’s Green Campus Initiative Can Do About It” sebagaimana ketetapan berikut :



Tarikh : 26 September 2011 (Isnin)

Masa : 8.30 pagi – 12.30 tengahari

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM



2. Untuk makluman, Majlis Diskusi Ilmu ini dianjurkan adalah bersempena dengan sambutan World Environmental Day 2011 yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan meningkatkan tahap kesedaran warga Universiti di dalam menangani isu perubahan iklim melalui Pendekatan Inisiatif Kampus Hijau dan peserta yang disasarkan adalah terdiri daripada semua staf Universiti.



3. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

Sehubungan dengan itu, semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR bagi memperolehi informasi dan memberikan komitmen program yang dianjurkan oleh universiti.



4. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.



Sekian, terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,







SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' : 07-4537100



s.k. - YBhg. Dato’ Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)

- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

- Penolong-Penolong Naib Canselor

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit





SH/zbm/22.09.2011/Pekeliling Am UTHM





ATURCARA

MAJLIS DISKUSI ILMU

26 SEPTEMBER 2011

DEWAN TUNKU IBRAHIM ISMAIL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA



MASA




PERKARA



8.30 Pagi


Ketibaan semua staf





8.40 pagi


Ketibaan Ahli dan Pegawai Kanan Universiti



8.45 pagi


Ketibaan Panel Penceramah Dalaman dan Jemputan



8.50 pagi


Ketibaan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin





9.00 pagi


Nyanyian Lagu Negaraku

9.05 pagi


Bacaan Doa’



9.10 pagi


Ucapan Aluan-aluan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar

Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi bin Abd. Karim



9.15 pagi


Ucapan Perasmian oleh Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin



9.25 pagi


Pengenalan kepada Penceramah oleh Moderator

Prof. Madya Dr. Hj. Ismail bin Abdul Rahman



9.30 pagi


Penyampaian Ceramah oleh Penceramah 1



Dr. Zainal Abidin Bin Sanusi



Timbalan Pengarah, Pusat Latihan Kepimpinan, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi



Topik : Pengenalan Kepada Inisiatif Kampus Hijau dan Manafaat Terhadap Isu Perubahan Iklim



10.15 pagi


Penyampaian Ceramah oleh Penceramah 2



Prof. Madya Dr. Faridah Shafii



Pengarah, Unit Pembinaan Lestari dan Bangunan Tinggi, Institut Sultan Iskandar, UTM



Topik : Operasi dan Pengurusan Kampus Hijau di Malaysia



11.00 pagi


Penyampaian Ceramah oleh Penceramah 3



En. Abdul Zaki Bin Abdul Wahid



Ketua, Unit Kampus Lestari, UTHM



Topik : Perancangan Perlaksanaan Inisiatif Kampus Hijau di UTHM



11.45 pagi


Sesi Soal Jawab





12.30 tgh.


Penyampaian Cenderamata dan Bersurai

No comments: