Sunday, August 2, 2009

Pertandingan Debat Terbuka UTHM (Bahasa Cina)


Tuan,

MEMOHON PERKHIDMATAN FOTOGRAFI DAN VIDEO UNTUK PERTANDINGAN DEBAT TERBUKA UTHM (BAHASA CINA) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Debat Bahasa Cina Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UTHM akan mengadakan Pertandingan Debat Terbuka UTHM (Bahasa Cina) pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009 sepertimana yang telah diluluskan oleh pihak Universiti.

3. Untuk makluman pihak tuan, program ini dianjurkan khusus untuk menginterasikan hubungan baik antara universiti. Sehubungan dengan itu bagi melancarkan lagi program ini pihak kami memerlukan dua orang staf daripada pihak tuan untuk menjalankan sesi fotografi dan dokumentasi sepanjang masa seperti yang dijadualkan di bawah.

Tarikh : 2 Ogos 2009
Masa : 2.00 pm - 5.00pm
Tempat : DKA (G3)

4. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Sdr Kee Yee Feng, selaku Exco Fotografi dan Videografi di talian 016-9690675.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
LENG CHENG PENG
Pengarah Program

No comments: