Tuesday, August 11, 2009

Majlis Penganugerahan INSEP 2008


MAJLIS PENGANUGERAHAN INSEP 2008

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) akan menganjurkan Majlis Penganugerahan INSEP 2008 untuk pelajar Program Peningkatan Kemahiran Industri Untuk Siswazah (INSEP) 2008. Pihak CEC bersetuju untuk melantik tuan/puan sebagai urusetia majlis tersebut. Butiran Majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 11 Ogos 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

3. Pihak kami mengucapkan tahniah atas pelantikan ini dan diharapkan pihak tuan/puan dapat memberikan khidmat cemerlang dalam menjayakan majlis tersebut. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA'

Yang benar,
MOHAMAD ALI BIN BABA
Ketua Jabatan
Pembangunan & Professional

No comments: