Saturday, August 1, 2009

PERARAKAN SEMPENA PELANCARAN MAJLIS KONVOKESYEN KELAPAN UTHM 2009


Pegawai-pegawai Kanan
Ahli Senat Universiti
Profesor-profesor
Ketua Kontigen
Semua Peserta Perarakan

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

PERARAKAN SEMPENA PELANCARAN MAJLIS KONVOKESYEN KELAPAN UTHM 2009

Terlebih dahulu saya bagi pihak Universiti mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Y.Bhg Prof./tuan/puan/saudara/saudari kerana secara sukarela melibatkan diri dalam perarakan yang julung-julung kali diadakan bagi mempromosi UTHM dan bandar Batu Pahat sendiri.

2. Bagi melancarkan aktiviti perarakan ini, saya sangat berterima kasih sekiranya Y. Bhg. Prof./tuan/puan dapat mengambil perhatian tentang maklumat penting seperti berikut :-

i) Pengangkutan
+
Bas-bas akan mengambil staf dan pelajar mulai jam 6.00 petang di tempat menunggu di Dataran Anggerik.
+
Untuk mengelakkan kesesakan di saat akhir, diminta Y. Bhg. Prof./tuan/puan mengambil perjalanan seawal yang mungkin supaya dapat sampai lebih awal di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.
+
Penumpang diminta naik mana-mana bas kecuali Kor SUKSIS yang akan dihantar terus ke Balai Polis Batu Pahat.

ii) Makanan
+
Urusetia akan menyediakan makanan untuk semua peserta. Makanan akan disediakan secara bungkus di tempat letak kereta Dewan Jubli Intan kecuali Kumpulan Pancaragam dan Kor SUKSIS yang akan dihantar ke tempat menunggu masing-masing. Seorang akan diberi sebungkus makanan.
+
Dinasihatkan untuk selesai makan jam 8.00 malam.
+
Jamuan makan malam bagi Pegawai-pegawai Kanan akan diadakan di Hotel Landmark, Batu Pahat secara buffet.

iii) Pakaian
+
Semua kontigen sebaik-baiknya memakai pakaian yang seragam sama ada baju batik atau baju korporat. Urusetia tidak menyediakan pakaian segaram.
+
Pelajar-pelajar diminta memakai pakaian batik MHS 2009.
+
Pemakaian jubah konvokesyen adalah dibatalkan.

iv) Tempat Berkumpul
+
Staf dan pelajar akan diturunkan dari bas di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.
+
Kor SUKSIS akan berkumpul di Balai Polis Batu Pahat dan Kumpulan Pancaragam akan berkumpul di Dewan Perniagaan Cina.

v) Mesyuarat Kontigen

+
Mesyuarat Ketua Kontigen dan Penyelarasan Perarakan akan diadakan pada 27 Julai 2009 (Isnin) jam 2.30 petang di Dewan 2, UTHM.
+
Semua Ketua Kontigen, Pegawai Penyelaras Perarakan diminta hadir untuk mendengar taklimat.

vi) Tempat Letak Kereta
+
Staf digalakkan untuk menggunakan kenderaan awam atau bas yang disediakan untuk mengelakkan kesesakan jalanraya. Sebahagian jalan di Bandar Batu Pahat akan ditutup secara berperingkat bagi memastikan perarakan berjalan lancar.
+
Tempat letak kereta staf adalah di sepanjang Jalan Ampuan dan Jalan Rahmat.
+
Bas untuk menunggu pulang akan berada di Jalan Pejabat.
+
Elakkan meletak kenderaan di hadapan Balai Bomba kerana Pasukan Berkuda akan ditempatkan disana.

vii) Tanggungjawab Ketua Kontigen
+
Semua Ketua Kontigen diminta mengemukakan bilangan dan senarai nama staf dan pelajar kepada Urusetia.
+
Ketua Kontigen juga hendaklah memastikan makanan dapat disampaikan kepada peserta.
+
Memastikan juga kehadiran peserta dalam perarakan sebelum hari perarakan.

3. Sekali lagi saya bagi pihak Urusetia mengucapkan terima kasih atas komitmen semua pihak yang menyertai perarakan ini. Semoga majlis ini dapat berjalan dengan lancar atas sokongan warga UTHM. Bersama-sama ini disertakan Aturcara Majlis, Kedudukan Kontigen semasa perarakan dan Laluan Perarakan untuk perhatian dan tindakan Y. Bhg. Prof./tuan/puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

*****************************************************

ATURCARA MAJLIS
PERARAKAN SEMPENA PELANCARAN MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
1 OGOS 2009

KETIBAAN DI DEWAN JUBLI INTAN BATU PAHAT

6.30 ptg – 8.00 mlm: Peserta berkumpul di Dewan Jubli Intan
: Ketibaan Ahli Senat & Pegawai Kanan Universiti di Hotel Landmark
8.00 mlm : Ketibaan Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM di Hotel Landmark
8.30 mlm : Perarakan bermula

KETIBAAN DI DATARAN BATU PAHAT

8.50 mlm : Ketibaan Dif-dif kehormat
Ketibaan YDP Majlis Perbandaran & Pegawai Tanah Daerah Batu Pahat
Ketibaan Pegawai Daerah Batu Pahat

9.45.00 mlm : Ketibaan Perarakan Peserta
: Penyerahan skrol Perisytiharaan Konvokesyen oleh Pendaftar kepada
Pegawai Daerah Batu Pahat
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Nyanyian Lagu UTHM
: Bacaan Doa
: Ucapan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM
: Ucapan oleh Tn. Hj. Yahya bin Salleh, Pegawai Daerah Batu Pahat
: Penyampaian Cenderamata oleh Naib Canselor kepada
Pegawai Daerah Batu Pahat
10.30 mlm : Majlis bersurai
(Jamuan VIP di Restoran D’ Belanga)

No comments: