Wednesday, August 5, 2009

Majlis Perbarisan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Palapes Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan,

MEMOHON BANTUAN JURUKAMERA DAN VIDEO UNTUK MAJLIS PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWI KADET PALAPES UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)akan mengadakan Majlis Perbarisan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Palapes seperti butiran berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2009
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang Kawad Palapes

3. Oleh yang demikian, saya ingin supaya pihak tuan dapat membantu menyediakan juru kamera dan video untuk rakaman sepanjang majlis tersebut. Semoga dengan bantuan dari pihak tuan akan dapat melisinkan lagi pelaksanaan program ini dan semoga ianya akan dapat berlangsung dengan jayanya.

Sekian. Terima kasih

Yang benar,
KAPTEN DR. MOHAMAD HISYAM BIN MOHD. HASHIM
PALAPES

No comments: