Wednesday, August 26, 2009

Tazkirah Ramadhan

Tajuk : Ramadhan Penuh Dengan Keberkatan Bagi Mereka Yang Mencarinya ( Part 1 & 2)
Moderator : En Kamarolzaman Bin Md Jidi
Penceramah : Ustaz Hj Husin Bin Junoh
Tarikh : 26 Ogos 2009
Masa : 3.00 petang
Tempat : Studio UCiTV

Tuesday, August 11, 2009

Majlis Penganugerahan INSEP 2008


MAJLIS PENGANUGERAHAN INSEP 2008

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) akan menganjurkan Majlis Penganugerahan INSEP 2008 untuk pelajar Program Peningkatan Kemahiran Industri Untuk Siswazah (INSEP) 2008. Pihak CEC bersetuju untuk melantik tuan/puan sebagai urusetia majlis tersebut. Butiran Majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 11 Ogos 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

3. Pihak kami mengucapkan tahniah atas pelantikan ini dan diharapkan pihak tuan/puan dapat memberikan khidmat cemerlang dalam menjayakan majlis tersebut. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA'

Yang benar,
MOHAMAD ALI BIN BABA
Ketua Jabatan
Pembangunan & Professional

Saturday, August 8, 2009

pacara Pelancaran Program Aeronautik UTHM & Penutup Kembara Johor FM 2009 Serta Majlis Pelancaran Kad Keahlian UTHMa

UPACARA PELANCARAN PROGRAM AERONAUTIK UTHM & PENUTUP KEMBARA JOHOR FM SERTA MAJLIS PELANCARAN KAD KEAHLIAN UTHMa ( DIRECT ACCESS UTHMa PLATINUM MASTER CARD)

Tarikh : 8 Ogos 2009
Masa :2.15 - 4.00petang
VIP : Naib Canselor UTHM, Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM.
YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Jamilus Md Hussin
YM Tunku Dato' Ahmad Burhanuddin


Atur Cara :
Di Dataran Siswazah
2.15 ptg - Ketibaan jemputan dan Pegawai Kanan
2.30 ptg - Ketibaan YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Jamilus Md Hussin( Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM)
- Pengumuman Sinopsis Program Aeronautik UTHM
- Pengistiharan dan Gimik Pelancaran Program Aeronautik UTHM Oleh YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Jamilus Md Hussin
- Sesi bergambar di bawah replika kapal terbang
- Hadirin bergerak ke hadapan foyer Dewan Tunku Ibrahim Ismail

Di Hadapan Dewan Tunku Ibrahim Ismail

3.00ptg - Ketibaan Konvoi Berbasikal Kembara Johor FM 2009
- Sambutan Konvoi Berbasikal dan Penyerahan Bendera Johor FM kepada YBhg. Tan Sri Dato' Ir. Jamilus Md Hussin
- Bacaan Doa Selamat & Kesyukuran
- Para Hadirin bergerak ke Dewan Jamuan 1, DTII Di Dewan
3.15 ptg - Ucapan Pengarah Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni (CARE)
Dr Mohamad Hisyam Mohd Hashim
- Ucapan Pengarah Eksekutif CIMB Bank Bhd.
YM Tunku Dato' Ahmad Burhanuddin
- Ucapan Perasmian
Oleh : Y. Bhg. Tan Sri Dato' Ir Jamilus Md Hussin
- Gimik Pelancaran
- Penyerahan Kad VIP
- Penyampaian Cenderamata
- Sidang Media / Tayangan Multimedia
- Jamuan Minum Petang
- Bersurai

Majlis Konvokesyen UTHM kali ke-8


Majlis Konvokesyen UTHM kali ke-8 akan diadakan pada tarikh 8, 9 dan 10 Ogos 2009.

Wednesday, August 5, 2009

Majlis Perbarisan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Palapes Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan,

MEMOHON BANTUAN JURUKAMERA DAN VIDEO UNTUK MAJLIS PERBARISAN PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWI KADET PALAPES UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya ingin merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)akan mengadakan Majlis Perbarisan Pemakaian Pangkat Pegawai Kadet Palapes seperti butiran berikut:

Tarikh : 5 Ogos 2009
Masa : 2.30 petang
Tempat : Padang Kawad Palapes

3. Oleh yang demikian, saya ingin supaya pihak tuan dapat membantu menyediakan juru kamera dan video untuk rakaman sepanjang majlis tersebut. Semoga dengan bantuan dari pihak tuan akan dapat melisinkan lagi pelaksanaan program ini dan semoga ianya akan dapat berlangsung dengan jayanya.

Sekian. Terima kasih

Yang benar,
KAPTEN DR. MOHAMAD HISYAM BIN MOHD. HASHIM
PALAPES

Tuesday, August 4, 2009

UPACARA PELANCARAN KEMBARA JOHOR FM 2009

UPACARA PELANCARAN KEMBARA JOHOR FM 2009

Kembara Berbasikal JohorFM merupakan program tahunan RTM Wilayah Selatan. Konvoi berbasikal seramai sembilan orang yang terdiri daripada juruhebah Johor FM, artis dan kakitangan RTM ini akan berkayuh selama empat hari bermula 4 Ogos 2009 hingga 8 Ogos 2009, melalui daerah Batu Pahat, Muar dan Segamat. UTHM telah diberi penghormatan untuk menjadi lokasi pelancaran (flag off) kembara pada tahun ini. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Majlis Pelancaran kembara ini:

Tarikh : 4 Ogos 2009
Masa : 7.45 pagi- 9.00 pagi
Tempat : Di Hadapan Dataran Terbuka

Atur cara :

7.45 pagi - Poco-poco di hadapan Dataran Anggerik
- Upacara Pelepasan
- Nyanyian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Ucapan YB Jais Sarday
- Gimik Pelancaran (Potong Kek)
- Pelepasan Kembara Johor FM

9.00 pagi - Jamuan di Dewan Jamuan 1

Catatan: Semua staf, pelajar dan orang ramai adalah dipelawa untuk menyaksikan acara ini dengan menyertai acara senam robik yang akan dijalankan bermula jam 7.30 pagi di kawasan parkir Dataran Anggerik.

Monday, August 3, 2009

PESTA PANTUN KEMERDEKAAN RADIO JOHORfm

Rakaman Pesta Pantun Kemerdekaan Radio Johorfm 2009
Tarikh : 3 Ogos 2009
Tempat : DTII
Masa : 8.30 malam hingga 10.30 malam
Pemantun : wakil dari Johorfm dan UTHM
Aturcara : seperti dilampirkan

******************************

ATUR CARA
RAKAMAN PESTA PANTUN KEMERDEKAAN RADIO JOHORfm
3 Ogos 2009 (Isnin)
Di Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII)

8.30 mlm - Ketibaan para jemputan

9.00 mlm - Pantun pusingan pertama

9.20 mlm - Persembahan artis Zack Kool

9.30 mlm - Pantun pusingan kedua

9.45 mlm - Persembahan kombo UTHM

9.50 mlm - Pantun pusingan akhir

10.10 mlm - Persembahan nyanyian patriotik

10.30 mlm - Majlis bersurai

Sunday, August 2, 2009

Pertandingan Debat Terbuka UTHM (Bahasa Cina)


Tuan,

MEMOHON PERKHIDMATAN FOTOGRAFI DAN VIDEO UNTUK PERTANDINGAN DEBAT TERBUKA UTHM (BAHASA CINA) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Debat Bahasa Cina Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UTHM akan mengadakan Pertandingan Debat Terbuka UTHM (Bahasa Cina) pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2009 sepertimana yang telah diluluskan oleh pihak Universiti.

3. Untuk makluman pihak tuan, program ini dianjurkan khusus untuk menginterasikan hubungan baik antara universiti. Sehubungan dengan itu bagi melancarkan lagi program ini pihak kami memerlukan dua orang staf daripada pihak tuan untuk menjalankan sesi fotografi dan dokumentasi sepanjang masa seperti yang dijadualkan di bawah.

Tarikh : 2 Ogos 2009
Masa : 2.00 pm - 5.00pm
Tempat : DKA (G3)

4. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Sdr Kee Yee Feng, selaku Exco Fotografi dan Videografi di talian 016-9690675.

Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
LENG CHENG PENG
Pengarah Program

Saturday, August 1, 2009

PERARAKAN SEMPENA PELANCARAN MAJLIS KONVOKESYEN KELAPAN UTHM 2009


Pegawai-pegawai Kanan
Ahli Senat Universiti
Profesor-profesor
Ketua Kontigen
Semua Peserta Perarakan

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan/Saudara/Saudari,

PERARAKAN SEMPENA PELANCARAN MAJLIS KONVOKESYEN KELAPAN UTHM 2009

Terlebih dahulu saya bagi pihak Universiti mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Y.Bhg Prof./tuan/puan/saudara/saudari kerana secara sukarela melibatkan diri dalam perarakan yang julung-julung kali diadakan bagi mempromosi UTHM dan bandar Batu Pahat sendiri.

2. Bagi melancarkan aktiviti perarakan ini, saya sangat berterima kasih sekiranya Y. Bhg. Prof./tuan/puan dapat mengambil perhatian tentang maklumat penting seperti berikut :-

i) Pengangkutan
+
Bas-bas akan mengambil staf dan pelajar mulai jam 6.00 petang di tempat menunggu di Dataran Anggerik.
+
Untuk mengelakkan kesesakan di saat akhir, diminta Y. Bhg. Prof./tuan/puan mengambil perjalanan seawal yang mungkin supaya dapat sampai lebih awal di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.
+
Penumpang diminta naik mana-mana bas kecuali Kor SUKSIS yang akan dihantar terus ke Balai Polis Batu Pahat.

ii) Makanan
+
Urusetia akan menyediakan makanan untuk semua peserta. Makanan akan disediakan secara bungkus di tempat letak kereta Dewan Jubli Intan kecuali Kumpulan Pancaragam dan Kor SUKSIS yang akan dihantar ke tempat menunggu masing-masing. Seorang akan diberi sebungkus makanan.
+
Dinasihatkan untuk selesai makan jam 8.00 malam.
+
Jamuan makan malam bagi Pegawai-pegawai Kanan akan diadakan di Hotel Landmark, Batu Pahat secara buffet.

iii) Pakaian
+
Semua kontigen sebaik-baiknya memakai pakaian yang seragam sama ada baju batik atau baju korporat. Urusetia tidak menyediakan pakaian segaram.
+
Pelajar-pelajar diminta memakai pakaian batik MHS 2009.
+
Pemakaian jubah konvokesyen adalah dibatalkan.

iv) Tempat Berkumpul
+
Staf dan pelajar akan diturunkan dari bas di Dewan Jubli Intan, Batu Pahat.
+
Kor SUKSIS akan berkumpul di Balai Polis Batu Pahat dan Kumpulan Pancaragam akan berkumpul di Dewan Perniagaan Cina.

v) Mesyuarat Kontigen

+
Mesyuarat Ketua Kontigen dan Penyelarasan Perarakan akan diadakan pada 27 Julai 2009 (Isnin) jam 2.30 petang di Dewan 2, UTHM.
+
Semua Ketua Kontigen, Pegawai Penyelaras Perarakan diminta hadir untuk mendengar taklimat.

vi) Tempat Letak Kereta
+
Staf digalakkan untuk menggunakan kenderaan awam atau bas yang disediakan untuk mengelakkan kesesakan jalanraya. Sebahagian jalan di Bandar Batu Pahat akan ditutup secara berperingkat bagi memastikan perarakan berjalan lancar.
+
Tempat letak kereta staf adalah di sepanjang Jalan Ampuan dan Jalan Rahmat.
+
Bas untuk menunggu pulang akan berada di Jalan Pejabat.
+
Elakkan meletak kenderaan di hadapan Balai Bomba kerana Pasukan Berkuda akan ditempatkan disana.

vii) Tanggungjawab Ketua Kontigen
+
Semua Ketua Kontigen diminta mengemukakan bilangan dan senarai nama staf dan pelajar kepada Urusetia.
+
Ketua Kontigen juga hendaklah memastikan makanan dapat disampaikan kepada peserta.
+
Memastikan juga kehadiran peserta dalam perarakan sebelum hari perarakan.

3. Sekali lagi saya bagi pihak Urusetia mengucapkan terima kasih atas komitmen semua pihak yang menyertai perarakan ini. Semoga majlis ini dapat berjalan dengan lancar atas sokongan warga UTHM. Bersama-sama ini disertakan Aturcara Majlis, Kedudukan Kontigen semasa perarakan dan Laluan Perarakan untuk perhatian dan tindakan Y. Bhg. Prof./tuan/puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
SULAM BIN HAMID
Pendaftar
Pejabat Pendaftar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

*****************************************************

ATURCARA MAJLIS
PERARAKAN SEMPENA PELANCARAN MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
1 OGOS 2009

KETIBAAN DI DEWAN JUBLI INTAN BATU PAHAT

6.30 ptg – 8.00 mlm: Peserta berkumpul di Dewan Jubli Intan
: Ketibaan Ahli Senat & Pegawai Kanan Universiti di Hotel Landmark
8.00 mlm : Ketibaan Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM di Hotel Landmark
8.30 mlm : Perarakan bermula

KETIBAAN DI DATARAN BATU PAHAT

8.50 mlm : Ketibaan Dif-dif kehormat
Ketibaan YDP Majlis Perbandaran & Pegawai Tanah Daerah Batu Pahat
Ketibaan Pegawai Daerah Batu Pahat

9.45.00 mlm : Ketibaan Perarakan Peserta
: Penyerahan skrol Perisytiharaan Konvokesyen oleh Pendaftar kepada
Pegawai Daerah Batu Pahat
: Nyanyian Lagu Negaraku
: Nyanyian Lagu UTHM
: Bacaan Doa
: Ucapan oleh Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd. Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM
: Ucapan oleh Tn. Hj. Yahya bin Salleh, Pegawai Daerah Batu Pahat
: Penyampaian Cenderamata oleh Naib Canselor kepada
Pegawai Daerah Batu Pahat
10.30 mlm : Majlis bersurai
(Jamuan VIP di Restoran D’ Belanga)

Lawatan YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Mohd Yassin

LAWATAN YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN MOHD YASSIN

TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

KE DAERAH BATU PAHAT

1 Ogos 2009



Tertib Acara


12.00 tgh - Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

(YAB menaiki heli dari Pagoh dan turun di Sek. Keb. Parit Raja. Disambut oleh pemuda bermotor dan wakil rakyat dan diiringi sehingga ke UTHM)


12.10 tgh - Ketibaan Dif-dif jemputan

- Ketibaan YAB Dato' Hj. Abd Ghani Othman Menteri Besar Johor

•- Ketibaan YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

(YAB turun disimpang 3 (sebelum DTII), disambut dengan paluan kompang, barongan, pencak silat, tarian naga, tarian India)

- menanam pokok palma dan menyempurnakan pelepasan konvoi 20 pelajar berbasikal sebagai simbolik pelancaran Kempen Bumi Hijau UTHM

- bergerak ke Dataran Siswazah (bersalaman)

- Sesi bergambar bersama pelajar UTHM

- Taklimat pembangunan dan akademik UTHM di Dewan 1

- bergerak masuk ke Dewan Utama diiringi bacaan marhaban dan Selawat

- Bacaan Doa

- Koir Lagu UMNO Bersatu dan UMNO Johor.

- Ucapan Datuk Hj Mohamad bn Hj Aziz

Ahli Parlimen Sri Gading

•- Ucapan Y.A.B Dato' Hj Abd Ghani bin Othman

Menteri Besar Johor

•- Ucapan Perasmian oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

•- Pelancaran Buku "Tun Hussein Onn - Permata Manara Gading"

•- Penyampaian Cenderahati

•- Jamuan di Dataran Terbuka

•- Sidang media di Dewan 1