Sunday, October 12, 2008

Sinaran Budaya 2008 (Sapthapathi 2008)

Tuan Hj Mohd Nor b Ihkasan
Ketua Unit UCITV
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Melalui dan Salinan :

En Abdul Malek b Ibrahim
Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tuan

PERMOHONAN SISTEM RAKAMAN VIDEO DI BAWAH TANGGUNGJAWAB DAN PEMERHATI UIT UCiTV UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Biro Kebudayaan Mahasiswa India (BKMI), Sekretariat Perpaduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan program Sinaran Budaya 2008 (Sapthapathi 2008). Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon penggunaan siaraya, sistem rakaman video dan bantuan juruteknik di bawah tanggungjawab unit UCiTV, UTHM. Berikut adalah butir-butir mengenai program tersebut:

Nama program : Sinaran Budaya 2008 (Sapthapathi 2008)
Tarikh : 12 Oktober 2008
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM
Tetamu Khas : YB Asojan Muniandy

3. Adalah besar harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menimbang dan seterusnya meluluskan permohonan kami. Segala kerjasama dari pihak tuan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian

No comments: