Tuesday, October 14, 2008

Research And Innovation Festival 2008 (R&I Fest'08)

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,


MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM RESEARCH & INNOVATION FESTIVAL 2008 (R&I Fest’08)



Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.



2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Innováis (PPI) akan menganjurkan program Research & Innovation Festival 2008 (R&I Fest’08) seperti ketetapan berikut :



Tarikh : 14 hingga 16 Oktober 2008

Masa : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM



3. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menggalak dan memantapkan lagi aktiviti penyelidikan dan inovasi di kalangan staf dan pelajar UTHM, mengiktiraf hasil penyelidikan dan inovasi yang berpotensi untuk dikomersilkan serta menyediakan ruang untuk perkongsian penemuan dan dapatan hasil penyelidikan kepada warga universiti khasnya dan kepada masyarakat umum amnya.



4. Sehubungan itu, dengan segala hormatnya pihak kami ingin menjemput Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan untuk menyertai pertandingan yang akan dianjurkan dalam R&I Fest’08 seperti berikut :



4.1 Kategori Staf : Pertandingan Produk Penyelidikan

4.2 Kategori Pelajar : Pertandingan Inovasi dan Kreativiti (Produk)

: Pertandingan Inovasi dan Kreativiti (Idea)



5. Sukacita bersama-sama ini disertakan bahawa borang pertandingan dan syarat-syarat penyertaan untuk makluman dan dokumen terbabit juga boleh didapati melalui laman web PPI. Kerjasama Y.Bhg. Prof./Tuan/Puan adalah diharapkan untuk menyerahkan borang penyertaan kepada Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan)/Timbalan Pengarah di fakulti/pusat masing-masing.



Pihak kami ingin memohon kerjasama semua staf akademik untuk memaklumkan kepada pelajar masing-masing mengenai Pertandingan Inovasi dan Kreativiti.



6. Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan bagi kedua-dua pertandingan yang diadakan ini adalah pada 19 SEPTEMBER 2008.



7. Kerjasama dan perhatian yang diberikan amat dihargai.



Sekian, terima kasih.



Lampiran:

1. Syarat Pertandingan

2. Borang Penyertaan - Staf

3. Borang Penyertaan - Pelajar



‘DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA’



Yang benar,

Pengarah

Pusat Pengurusan Penyelidikan Dan Inovasi

No comments: