Thursday, October 23, 2008

PENGGAMBARAN “TOP CAMPUS NTV7

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA





UTHM/PP/100-6/3 (58) 16 Oktober 2008





PEKELILING PENGURUSAN BIL. 58/2008



PENGGAMBARAN “TOP CAMPUS NTV7 (UTHM)





Sukacitanya dimaklumkan bahawa Universiti akan terlibat dalam penggambaran sebuah program televisyen NTV7 iaitu “Top Campus (UTHM)”. Untuk makluman semua, pengambaran tersebut akan dibuat pada ketetapan berikut:



Tarikh : 23 & 24 Oktober 2008

(Khamis dan Jumaat)

Tempat : Sekitar kampus UTHM



2. Sehubungan dengan itu, bagi melancarkan sesi rakaman tersebut, semua PTj diminta untuk bersedia bagi membantu pasukan produksi mengadakan pengambaran di kawasan PTj Y.Bhg.Prof./Tuan/Puan. Kerjasama dan komitmen daripada Y.Bhg.Prof./tuan/puan dalam menjayakan rakaman ini amat diharapkan.



Sekian, terima kasih.





“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”



Yang benar,







SULAM BIN HAMID

Pendaftar

' 7100



s.k - Naib Canselor

- Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

- Dekan-Dekan Fakulti

- Pengarah Pejabat/Pusat

- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

2 comments:

Jaded Mesh said...

yes... we are the top campus... I love UTHM..hehe

UCiTV CGOL said...

rakaman m'sia top campus layarilah http://ucitv.uthm.edu.my untuk intranet