Friday, October 17, 2008

Program Home Coming ALUMNI UTHM 2008 & Minggu Keusahawanan Siswa UTHM 2008

Tn HJ Mohd Nor b Ihkasan
Ketua Unit UCITV
Melalui : Penolong Pendaftar Kanan
Pejabat Canselori

Tuan,

PERMOHONAN MEMBUAT LIPUTAN PROGRAM HOME COMING ALUMNI UTHM 2008 & MINGGU KEUSAHAWANAN SISWA UTHM 2008

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni, Centre of Alumni Advancement and realtions (CARE) dengan kerjasama Pusat Tekno Usahawan (TEC) akan menjalankan Program Home Coming Alumni UTHM 2008 dan Minggu Keusahawanan Siswa UTHM 2008 pada 17-20 Oktober 2008.

3. Berikut dinyatakan aktiviti-aktiviti utama yang dicadangkan agar pihak tuan dapat membuat liputan sekiranya menghadapi kekangan untuk membuat liputan secara keseluruhan program;

3.1 Seminar Kecemerlangan Pendidikan dalam Penyelidikan dan Inovasi
18 Oktober 2008 (Sabtu), 8.00pagi-6.00 petang, Dewan Kuliah A, Blok G3
3.2 Malam Anugerah & Sambutan Aidilfit Alumni UTHM 2008
18 Oktober 2008 (Sabtu), 8.00 malam - 11 malam, DTII & DTII Terbuka
Tetamu Kehormat : YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berharap agar pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan daripada pihak kami. Pihak tuan juga adalah dijemput hadir ke Mesyuarat Induk Bil.2/2008 sepertimana ketetapan berikut;

Tarikh : 13 Oktober 2008 (Isnin)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif
Penegrusi : Y. Bhg Timbalan Naib Canselor (HEPA)

No comments: