Thursday, April 3, 2008

Pesta Ponggal 2008

Tuan,

PERMOHONAN PENGGUNAAN SIARAYA, SISTEM RAKAMAN VIDEO DAN BANTUAN JURUTEKNIK DI BAWAH TANGGUNGJAWAB DAN PEMERHATIAN UNIT UCITV UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA(UTHM)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk .

2. Adalah dimaklumkan bahawa Biri Kebudayaan Mahasiswa India (BKMI), Sekreteriat Perpaduan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan Pesta Ponggal 2008. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon penggunaan siaraya, sistem rakaman video dan bantuan juruteknik di bawah tanggungjawab Unit UCiTV, UTHM. Berikut adalah butir-butir mengenai program tersebut:

Nama Program : Pesta Ponggal 2008
Tarikh : 3 April 2008
Masa : 4.30 Petang
Tempat : Padang Kawad & DTII
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

3. Sehubungan dengan itu, kami penganjur akan mengadakan latihan persembahan dan protokol pada 1 dan 2hb April 2008. Maka, pihak kami juga ingin meminta bantuan pihak juruteknik untuk menghadiri sesi latihan tersebut bagi meringankan lagi kerja-kerja penggunaan siaraya dan sistem rakaman video yang akan dibuat tidak mengalami sebarang masalah dari segi teknikal. Butir-butir mengenai latihan persembahan dan protokol adalah seperi berikut:

Tarikh : 1 April &2 April 2008
Masa : 7.30 malam - 11.00 malam (1 April 2008)
5.30 malam - 10.00 malam (2 April 2008)
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail (DTII), UTHM

4. Adalah besar harapan kami sekiranya pihak tuan dapat menimbang dan seterusnya meluluskan permohonan kami. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya Prakash A/L Gopal Samy di 0166956293 talian selaku Ketua Setiausaha. Segala kerjasama dari pihak tuan adalah didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian.

Yang Benar,


(PRAKASH A/L GOPAL SAMY)
Ketua Setiausaha
Pesta Ponggal 2008
merangkap
Sekretariat Perpaduan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

s.k - Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
- Fail Sektetariat
- Fail Pengarah Program

No comments: