Friday, April 18, 2008

Penutup Program Kitar Semula BFA 4033 Bagi Semester 2 Sesi 2007/2008

Tuan,
MEMOHON PERKHIDMATAN MEMBUAT LIPUTAN/RAKAMAN BAGI MAJLIS PENUTUP PROGRAM KITAR SEMULA BFA 4033 BAGI SEMESTER 2 SESI 2007/2008

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Adalah dimaklumkan bahawa Nazratul Munirah bt Hisam selaku Pengarah Program Kitar Semula BFA 4033 ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk membuat liputan Majlis Penutup Program Kitar Semula BFA4033 Semester 2 Sesi 2007/2008 seperti butiran berikut:

Tarikh : 18 April 2008 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Bilik Seminar Pejabat Hal Ehwal Pelajar, UTHM
Program : Majlis Penutup Program Kitar Semula BFA 4033, Semester 2 Sesi 2007/2008

3. Majlis penutup akan dihadiri Dekan FKAAS, pensyarah-pensyarah matapelajaran serta pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar) Sesi 2005-2008.

4. Sehubungan itu, memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk mempertimbangkan permohonan ini dan kerjasama yang diberikan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

PROF. MADYA HJ AB. AZIZ BIN ABDUL LATIFF

No comments: