Friday, April 4, 2008

Malam Anugerah Pelajar 2007

Tuan,


PERUBAHAN TARIKH MALAM ANUGERAH PELAJAR

Dengan segala hormatnya saya diaarah merujuk kepada perkara di atas dan surat UTHM/HEP/100-36/35(26) adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh Malam Anugerah Pelajar Anjuran Pejabat Hal Ehwal Pelajar bagi tahun 2007 yang dijadualkan pada 28 Mac 2008 (Jumaat) terpaksa ditunda ke satu tarikh sebagaimana butiran berikut:-

Tarikh : 4 April 2008
Tempat : Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM
Masa : 8.00 malam

3. Sehubungan itu, kerjasama daripada oihak tuan adalah dipohon untuk membuat rakaman program tersebut. Bersama-sama ini disertakan tentatif program untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.

4. Kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan akibat perubahan tarikh tersebut amatlah dikesali dan didahului dengan ribuan maaf.

Sekian.

'DENGAN HIKMAH,KITA MENEROKA'

Yang Benar;


HAIRUL NIZAT BIN SIBAN
b/p Timbalan Pendaftar
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
7044

sk - En Khairuddin bin Hj Alias


Penolong Pendaftar Kanan Pejabat HEP



No comments: