MBOT TECHNOLOGY & INNOVATION EXPO (MTeX'21)
Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) akan menganjurkan satu program inovasi iaitu MBOT Technology and Innovation Expo (MTeX'21) bermula pada bulan Oktober 2021 sehingga Februari 2022.
MBOT Technology and Innovation Expo (MTeX'21) akan dilancarkan pada
Tarikh : 2 November 2021 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia UTHM .
Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Dato' Sri Dr Adham Baba, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Dengan bertemakan ‘Technological Talent for Sustainable Development’, program ini terbuka secara individu atau berkumpulan kepada pelajar tahun akhir program teknologi dan teknikal serta Teknologis Profesional (Ts.) dan Juruteknik Bertauliah (Tc.) MBOT. Para peserta akan merebut hadiah lumayan berupa wang keseluruhan berjumlah RM30,000.
Untuk pendaftaran dan penyertaan, sila klik pautan ini di http://bit.do/MTEX2021. Sebarang pertanyaan mengenai MTeX'21, emelkan ke mtex@mbot.org.my.
No comments:
Post a Comment