Tuesday, November 9, 2021

Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2020


 

Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2020

Tarikh : : 9 November 2021 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Youtube

 

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini menyempurnakan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2020 yang diadakan secara maya bertempat di kampus induk UTHM.
 
Program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama UTHM sebagai tuan rumah ini turut melibatkan kehadiran Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM, Timbalan-timbalan Naib Canselor UTHM, Pegawai-pegawai Kanan Universiti serta calon-calon tokoh anugerah dari UTHM.
 
Penuntut UTHM, Amirul Faiz Abdul Latif mencipta kejayaan membanggakan apabila terpilih menerima Anugerah Menteri Pengajian Tinggi sekali gus dinobatkan sebagai Tokoh Siswa Kebangsaan 2020.
 
Beliau juga turut terpilih menerima Anugerah Kepimpinan Wacana Intelek hasil penglibatan cemerlang dalam kepimpinan.
 
Selain itu UTHM juga berjaya menggondol beberapa anugerah lain seperti Anugerah Kepimpinan Sukan, Anugerah Khas Kepimpinan Ibn Ummu Maktum dan Anugerah Penghargaan Khas KPPT individu.
 
Tahniah kepada tokoh-tokoh pelajar UTHM ini yang telah berjaya mengharumkan nama universiti.

#ATS2020
#KeluargaMalaysia
#BekerjaBersamaRakyat
#MalaysiaPrihatin
#KPTPrihatin
#MenangBersama
#LindungDiriLindungSemua

No comments: