Thursday, August 29, 2019

Syarahan Kenegaraan "Integriti : Identiti Negara Bangsa"

Syarahan Kenegaraan "Integriti : Identiti Negara Bangsa"

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Selamat Sejahtera,

YBhg. Prof. Dato'/Prof./Tuan/Puan,

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 62 PERINGKAT UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.       Sukacita dimaklumkan bahawa, Universiti akan menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 62 Peringkat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia pada 29 Ogos 2019 (Khamis), bermula jam 8.30 pagi hingga selesai di Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI).

3.       Majlis ini akan turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Tan Sri (Dr.) Musa bin Tan Sri Datuk Hj. Hassan, Mantan Ketua Polis Negara yang akan menyampaikan Syarahan Kenegaraan bertajuk Integriti : Identiti Negara Bangsa.




4.       Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput dan mempersilakan YBhg. Prof. Dato'/Prof./tuan/puan untuk menghadiri majlis tersebut sebagai tanda sokongan dan bukti kecintaan terhadap tanah air Malaysia. Kehadiran  YBhg. Prof. Dato'/Prof./tuan/puan ke majlis ini akan direkod menggunakan QR CODE dan YBhg. Prof. Dato'/Prof./tuan/puan adalah dimestikan untuk merakam kehadiran bagi mengisi keperluan jam latihan/kursus.
Segala kerjasama dan perhatian yang diberikan oleh pihak YBhg. Prof. Dato'/Prof./tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Yang benar,

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke 62
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100/6/5/1 Jilid 8 (  8  )                                                                         19 Ogos 2019

___________________________________

PEKELILING AM BIL. 21 TAHUN 2019
____________________________________

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 62
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA 2019

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 62 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Tahun 2019 sepertimana ketetapan berikut :
                       
                        Tarikh              :           29 Ogos 2019 (Khamis)     
                        Masa               :           8.00 pagi hingga selesai
                        Tempat            :           Dewan Tunku Mahkota Ismail (DTMI) UTHM
                        Pakaian           :           Pakaian Pejabat

2.            Semua staf Universiti dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

3.         Justeru, semua staf universiti adalah DIMESTIKAN HADIR sebagai komitmen terhadap program anjuran universiti.  Untuk makluman YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/Puan kehadiran akan di rekodkan melalui Sistem QR Code.

4.         Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Pegawai Khidmat Pelanggan dan staf yang mempunyai komitmen dengan aktiviti/persidangan/seminar/kursus atau program lain.
5.         Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100
                                                                                                                                          …2/





-2-


s.k.      -     YBhg. Naib Canselor
            -     Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
            -     Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
            -     Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
            -     Provost UTHM Kampus Cawangan Pagoh
            -     Bendahari
            -     Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan)
            -     Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan
       Korporat)
            -     Penasihat Undang-Undang
            -     Dekan-Dekan Fakulti/Pusat
            -     Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
            -     Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit



AHAR/SSAS/na/19082019/PekelilingAm 

  

ATUR CARA
MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE 62
UNIVERSITI TUN HUSSEIN MALAYSIA
29 OGOS 2019 (KHAMIS)

DEWAN TENGKU MAHKOTA ISMAIL (DTMI)


No comments: