Sunday, August 25, 2019

Majlis Konvokesyen Program Diploma Lepas Ijazah (PGDip) P&P UTHM



Majlis Konvokesyen Program Diploma Lepas Ijazah (PGDip) Pembelajaran dan Pengajaran Pengajian Tinggi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
PGDip anjuran Pusat Pembangunan dan Latihan Akademik (CAD), UTHM dirangka bertujuan melatih staf akademik dalam bidang Pengajaran dan Pembelajaran secara lebih formal dan sistematik bagi memartabatkan kecemerlangan akademik.
Majlis Konvokesyen ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Dr. Mohd Sofi bin Osman, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti. Turut hadir YBhg. Prof. Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM, Pegawai-Pegawai Kanan Universiti dan Ahli-Ahli Senat Universiti.

Tarikh : 25.08.2019 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM

No comments: