Thursday, August 29, 2019

Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Digital 2019 (SPREAD 2019)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan, 
 
SEMINAR ANJURAN PUSAT PEMBELAJARAN ATAS TALIAN TAHAP GLOBAL, UTHM
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global UTHM akan mengadakan kursus seperti berikut:



Kebolehan mengajar secara online adalah satu kelebihan yang sangat signifikan.

Naluri pendidik dalam diri kita akan jadi makin gagah kerana kita tahu ilmu yang dikongsi secara online itu boleh dicapai oleh jutaan manusia.

Jadi kenapa mahu mengajar cuma satu kelas kalau anda boleh mengajar satu benua? Hehe. Amboi madahnya.

Jadi, sertailah kami hari khamis ini. Kita akan sama-sama kupas rahsia dan tips untuk mengajar secara online dengan jayanya. Kami bawakan beberapa orang pakar. Kalau anda ada soalan, inilah masanya. Ayuh!

Simpan tarikh ini dalam kalendar anda. Program ini akan diadakan secara selari di kedua-dua kampus UTHM.

Nama Kursus:        SEMINAR Perkongsian Amalan Terbaik Pembelajaran Digital (SPREAD 2019)
Tarikh & Hari:          29 Ogos 2019 (Khamis)
Masa            :          8.30 pagi - 12.30 tengahari
Tempat         :          Dewan Jemaah, Aras 5, PTTA, UTHM Parit Raja
                                Bilik Mesyuarat 1, Blok A,  UTHM Pagoh
*tempat adalah terhad.


3.    Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk / Dato’ / Prof / Tuan / Puan yang berminat dan berkelapangan adalah dijemput menyertai seminar tersebut.


Sekian, Terima Kasih.



EN. ZAINAL ABIDIN BIN SAYADI
Ketua Pusat,
Pusat Pembelajaran Atas Talian Tahap Global
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

No comments: