Wednesday, May 11, 2016

Program Berzanji untuk warga Universiti

Assalamualaikum w.b.t......

YBhg. Datuk / Dato’,/ Prof./Tuan/Puan,

MAKLUMAN PROGRAM BERZANJI ANJURAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

Perkara berkaitan di atas adalah dirujuk.
  1. Sukacita dengan ini dimaklumkan bahawa, Pusat Islam akan mengadakan Program Berzanji untuk warga Universiti.
  2. Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’,/ Prof./Tuan/Puan, objektif utama program ini adalah sebagai medium penyatuan dan mengeratkan silaturrahim, menambahkan rasa kecintaan dan meneladani peribadi Rasulullah S.A.W sekaligus memperkasakan seni berzanji serta marhaban khasnya kepada warga Universiti.
  3. Sehubungan dengan itu, pihak urusetia ingin menjemput warga Universiti yang berminat untuk turut serta dalam menjayakan program ini yang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh              :           11 Mei 2016 (Rabu)
Masa                :           08.00 pagi – 01.00 petang
Tempat            :           Dewan Seminar Al-Farabi, Masjid Sultan Ibrahim
Peserta            :           Terbuka Kepada Staf Lelaki dan Wanita

  1. Oleh yang demikian, kepada staf yang berminat, dimohon agar dapat memberi maklumbalas kehadiran dengan mengemukakan Nama, Nombor Staf, PTj dan Nombor telefon. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada Ustazah Nor Fariza binti Mohd Shah di talian 3498 atau diemailkan ke norfariza@uthm.edu.my sebelum 9 Mei 2016 (Isnin).
Sekian untuk makluman dan segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.

“DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA”

Yang benar,
HJ. BAHARUDIN BIN YAMAN @ ABD. GHANI
Ketua Pusat Islam (Menjalankan Tugas)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 3351

No comments: