Wednesday, May 25, 2016

Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2016


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 6 (25)                                                         19 Mei 2016

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 18 TAHUN 2016
_____________________________


MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) 2016UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UTHM 2016 seperti mana ketetapan berikut:

          Tarikh          :        25 Mei 2016 (Rabu)
          Masa            :        8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
          Tempat        :        Dewan 3, UTHM

  1. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
                                                                               
  1. Sehubungan dengan itu, semua STAF adalah DIJEMPUT HADIR bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

  1. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -    YBhg. Datuk Naib Canselor
          -    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -    Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-    Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
-    Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
-    Dekan-Dekan Fakulti
-    Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-    Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

AHAR/SSAS/s/18.02.2016/pekeliling am UTHM

Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2016

Tarikh: 25 Mei 2016 (Rabu)

Tempat : Dewan 3, UTHM

**********************************************

Aturcara Program
8.00 pagi - Ketibaan Staf

8.15 pagi - Ketibaan & Pendaftaran Peserta KIK UTHM
- Ketibaan Jawatankuasa Pemandudan Mentor KIK

8.20 pagi - Ketibaan Ketua-ketua PTj

8.25 pagi - Ketibaan Pendaftar dan Panel Juri Jemputan

8.30 pagi - Ketibaan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
8.40 pagi - Ucapan Pendaftar
(Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pemandu KIK UTHM)

8.50 pagi - Ucapan Perasmian oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

9.00 pagi - Sesi Pengenalan Kumpulan KIK UTHM dan Panel Juri

9.05 pagi - Persembahan Projek KIK Kumpulan MOSFET
(Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)

9.35 pagi - PersembahanProjek KIK Kumpulan BOSS
(FakultiPendidikanTeknikaldanVokasional)

10.05 pagi - Persembahan Projek KIK Kumpulan Q-PPD
(Pusat Pengajian Diploma)

10.35 pagi - Persembahan Projek KIK Kumpulan RENAISSANCE
(Pusat Kesihatan Universiti)

11.05 pagi - Ulasan Keseluruhan Oleh Panel Juri

11.10 pagi - Penyampaian Hadiah dan Cenderahati

11.40 pagi - Sesi Bergambar

12.00 t/hari - Bersurai

No comments: