Sunday, May 22, 2016

Majlis Hol Allahyarham Tun Hussein Onn

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 6 (27)                                                               18 Mei 2016

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 19 TAHUN 2016
_____________________________

MAJLIS HOL ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONNUNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan MAJLIS HOL ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN seperti mana ketetapan berikut:

          Tarikh           :        22 Mei 2016 (Ahad)
          Masa            :        8.30 pagi hingga 12.00 tengahari
          Tempat         :        Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

  1. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.
                                                                               
  1. Sehubungan dengan itu, semua STAF adalah DIJEMPUT HADIR bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan.

  1. Staf lelaki dikehendaki memakai baju Melayu lengkap bersampin manakala staf wanita hendaklah berbaju kurung dan bertudung.

  1. Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar

ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100

s.k.     -    YBhg. Datuk Naib Canselor
          -    Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          -    Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-    Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
-    Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
-    Dekan-Dekan Fakulti
-    Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-    Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit

AHAR/SSAS/s/18.02.2016/pekeliling am UTHM

 M

MAJLIS HOL ALLAHYARHAM TUN HUSSEIN ONN

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

**********************************************

Tarikh : 22 Mei 2016 (Ahad) bersamaan 15 Syaaban 1437H

Tempat : Masjid Sultan Ibrahim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Aturcara Majlis Hol Allahyarham Tun Hussein Onn
Ruang Utama Solat, Masjid Sultan Ibrahim, UTHM

7.00 pagi : Ketibaan staf dan peserta Khatam Al-Quran (sarapan pagi disediakan)

7.30-8.30 pagi : Majlis Khatam Al-Quran oleh Yayasan Al-Khidmah
Indonesia, staf UTHM dan masyarakat tempatan.

8.45-9.00 pagi : Majlis tandatangan surat hasrat kerjasama UTHM dengan Pesantren/Perguruan Tinggi Islam Indonesia

9.00-9.45 pagi : Ceramah Tazkiah al-Nafs oleh Ustaz Abu Zaki Yusuf.

9.45 pagi : Ketibaan YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Menteri Mentor UTHM disambut oleh YBhg Prof. Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

10.00-10.15 pagi : Ucapan Aluan Naib Canselor, UTHM.

10.15-10.45 pagi : Bacaan tahlil dan doa Allahyarham Tun Hussein Onn dipimpin oleh YB Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohd Tahrir bin Kiyai Dato’ Haji Shamsudin , Mufti Negeri Johor.

10.45-11.00 pagi : Pengkisahan biodata Allahyarham Tun Hussein Onn oleh Prof Madya Dr Khairul Azman Suhaimi, Timbalan Dekan Pengajian Umum, Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan, UTHM.

11.00-11.30 pagi : Ucapan YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan, merangkap Menteri Mentor UTHM.

11.30-11.45 pagi : Penyampaian cenderahati kepada YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn oleh YBhg Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, Naib Canselor, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

12.00 tengahari : Jamuan dan bersurai

No comments: