Thursday, August 6, 2015

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UTHM 2015


UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 5 (80)                                                     28 Julai 2015

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 32 TAHUN 2015
_____________________________


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2015
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 sepertimana ketetapan berikut :

                   Tarikh          :        6 Ogos 2015 (Khamis)
                    Masa          :        11.00 pagi hingga 1.00 tengahari
                   Tempat        :        Dewan Terbuka (UTHM)

  1. Semua staf universiti adalah DIWAJIBKAN HADIR bagi memberikan komitmen dan menjayakan bersama-sama program yang dianjurkan oleh pihak universiti.

3.       Sehubungan dengan itu, semua staf LELAKI dikehendaki berpakaian BAJU MELAYU KEBANGSAAN (lengkap bersamping dan songkok) manakala staf WANITA dikehendaki berpakaian BAJU KURUNG atau BAJU KEBAYA bagi staf yang beragama ISLAM. Bagi staf yang BUKAN BERAGAMA ISLAM digalakkan berpakaian kemas yang bersesuaian dengan majlis tersebut.

  1. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti Pengawal Keselamatan, Operator Telefon dan staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti/persidangan/seminar/kursus. Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Datuk/YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar



ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100







s.k.    - YBhg. Datuk Naib Canselor
          - Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
          - Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
- Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
- Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
- Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)
- Dekan-Dekan Fakulti
- Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
- Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit




AHAR/MTS/s/23.07.2015/pekeliling am UTHM

No comments: