YBhg. Prof/Dato'/Datin/Tuan/Puan,
Dimaklumkan
bahawa, Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan
menganjurkan Program Kembara Dakwah sepertimana butiran berikut :
Tarikh : 9 Disember 2014 (Selasa)
Masa : 7.00 petang hingga selesai
Tempat : Masjid UTHM
Penceramah : Al-Habib Kadhim Jaafar Muhammad As-Saqqaf
Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput YBhg. Prof/Dato'/Datin/Tuan/Puan, untuk hadir ke majlis ilmu ini. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai serta diucapkan jutaan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
HJ. BAHARUDIN BIN YAMAN @ ABD. GHANI
Ketua Pusat Islam (Menjalankan Tugas)
Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 3351
ANTARA PESANAN Al-Habib Kadzim As-Saqqaf
Terdapat beberapa amal yang mudah, dan ringan untuk dilakukan tapi ganjaran sangat besar.
Terkadang seorang Muslim atau Muslimah boleh mendapat ganjaran pahala sebanyak 1.5 bil. dalam masa 2 saat saja.
Tahukan anda apa ibadah itu?
Sebutlah, “Astaghfirullah lil Mu'minina wal Mu',minat”.
- Habib Kadzim As-Saqqaf -
Dalam hadis, Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat, akan diberikan ganjaran sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat pada zaman itu”.
Sekarang, terdapat 1.5 bil orang Islam di dunia, jadi dengan menyebut zikir di atas, kita boleh mendapat ganjaran yang sebanyak itu juga.
Bila mana seseorang melazimkan istighfar sebegini, khususnya sebanyak 27 kali setiap hari, setelah beberapa lama akan nampak keberkesanannya iaitu akan nampak kasih sayang yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepada anda, sehingga anda akan tergolong dalam golongan orang-orang yang doanya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.
Jika dilazimkan lebih daripada sekali sehari – iaitu pagi dan petang – maka, akan semakin tinggi darjat seseorang di sisi ALLAH, untuk dikasihi dan disayangi oleh ALLAH.
[Tausiyah dari Al-Habib Kadzim As-Saqqaf]
*Astaghfirullah lil Mu'minina wal Mu'minat*
Sollallahu 'alaa Sayyidina MUHAMMAD, Sollallahu 'alaihi Wasallam
No comments:
Post a Comment