Sunday, December 21, 2014

Majlis Diskusi Ilmu “Refleksi Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) Bagi Akhir Tahun 2014”


YBhg. Prof./Tuan/Puan,

MAKLUMAN MENGENAI MAJLIS DISKUSI ILMU BERTAJUK “REFLEKSI PENCAPAIAN SASARAN KERJA TAHUNAN UNIVERSITI (SKTU) BAGI AKHIR TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK) akan menganjurkan Majlis Diskusi Ilmu Refleksi Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) Bagi Akhir Tahun 2014. Justeru itu kehadiran ke majlis tersebut adalah DIWAJIBKAN.

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik YBhg. Prof./tuan/puan agar dapat menghebahkan perkara ini kepada semua staf di bawah seliaan YBhg. Prof./tuan/puan seperti butiran berikut :

Tarikh : 21 Disember 2014 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim (DSI)

Segala kerjasama YBhg. Prof./tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,




PROF. Dr. NORAINI BINTI KAPRAWI
Pengarah
Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti
7850




s.k ~ YBhg. Dato’ Naib Canselor

~ YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

~ YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

~ YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

 
ATUR CARA
MAJLIS DISKUSI ILMU BERTAJUK
REFLEKSI PENCAPAIAN SASARAN KERJA TAHUNAN UNIVERSITI (SKTU) BAGI AKHIR TAHUN 2014

21 DISEMBER 2014 (AHAD)
DEWAN SULTAN IBRAHIM (DSI)

8.30 pagi : Ketibaan Staf dan Pegawai Universiti

8.45 pagi : Ketibaan Naib Canselor UTHM

~ YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin

8.50 pagi : Bacaan Doa

Nyanyian Lagu Negaraku & Bangsa Johor

9.00 pagi : Ucapan Aluan Pengarah PPSK

~ YBhg. Prof. Dr. Noraini binti Kaprawi

9.15 pagi : Diskusi Ilmu Bertajuk “Refleksi PencapaianSKTU bagi Akhir Tahun 2014”

~ YBhg. Prof. Dato'. Dr. Mohd Noh bin Dalimin

11.00 pagi : Sesi Soal Jawab
11.30 Pagi : - Penyampaian sijil penghargaan kepada Juruaudit
Dalaman Amalan 5S UTHM 2014

- Penyampaian sijil penghargaan kepada Juruaudit Kualiti MS ISO 9001:2008 UTHM 2014

12.30 tengahari : Nyanyian Lagu Gemilang UTHM

1.00 petang : Bersurai

No comments: