Wednesday, December 17, 2014

Fiesta Kokurikulum Mahasiswa (FIESKOM) , UTHM - 2014



Fiesta Kokurikulum Mahasiswa (FIESKOM) , UTHM - 2014
 
FIESKOM UTHM 2014 ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i bagi menghayati pembangunan modal insan yang menggariskan 7 elemen kemahiran insaniah sebagai panduan sejajar dengan tema kita pada tahun ini iaitu "Kokurikulum Pemangkin Kelestarian Modal Insan Berkualiti". 

Bagi setiap acara yang dipertandingkan, perlu melibatkan kesemua mahasiswa dan mahasisi UTHM bagi melengkapkan lagi konsep 1 Malaysia sekaligus memantapkankan elemen kemahiran insaniah bagi setiap mahasiswa/i.

Segala aktiviti yang di anjurkan telah dicatat di dalam "Kalendar" FIESKOM 2014 yang telah disediakan bagi memudahkan pelajar untuk mengetahui lokasi dan tarikh - tarikh yang telah di tetapkan untuk setiap aktiviti disepanjang program ini diadakan.  

Sila hubungi pihak yang terlibat bagi sebarang masalah dan pertanyaan.

Malam Kebudayaan
Tarikh : 17 Disember 2014 (Rabu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Majlis  Perasmian Penutup FIESKOM
Tarikh : 18 Disember 2014 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim


Mengenai FIESKOM


LATAR BELAKANG

FIESKOM UTHM 2014, adalah merupakan sebuah aktiviti kokurikulum secara bersepadu yang menggabungkan kesemua teras yang ditawarkan di Universiti dengan menekankan aspek pembangunan Kemahiran Insaniah dalam diri setiap mahasiswa dan mahawasiswi. Oleh itu, program yang dirancang sebagai acara kemuncak bagi pelaksanaan hari kokurikulum setiap tahun ini melibatkan seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan Pusat Kokurikulum.
Justeru itu, program ini sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti - aktiviti yang di anjurkan supaya pelajar bukan hanya didedahkan dengan akademik sahaja malah dalam bidang kokurikulum juga.


OBJEKTIF
  • Memberikan platform untuk semua mahasiswa/i UTHM mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang berada di UTHM.
  • Melahirkan mahasiswa/i yang prihatin dan bersedia untuk memberikan khidmat kepada masyarakat setempat menerusi kemahiran dan pengalaman yang dimiliki.
  • Mengukuhkan kesedaran mahasiswa/i berkenaan kepentingan modal insane yang berkualiti selain pencapaian akademik yang cemerlang
  • Menjana kesedaran akan pentingnya penjagaan kesihatan menerusi aktiviti sukan dan riadah agar membentuk mahasiswa/i yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

MATLAMAT
    • Mahasiswa/i yang bakal dilahirkan oleh UTHM bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik menerusi aktiviti kokurikulum ini, tetapi juga seimbang dalam aspek pembinaan sahsiah diri serta penerapan modal insan dan pembelajaran berterusan, iaitu di luar konteks akademik. Justeru itu, melalui program seperti inilah pelajar dapat menimba pengalaman baru dan menambah pengetahuan mengenai bidang di luar akademik

TEMA
    • “Kokurikulum Pemangkin Kelestarian Modal Insan Berkualiti”

TARIKH PROGRAM
    • 11 hingga 18 Disember 2014

LOKASI
    • Sekitar kampus UTHM

PENGANJUR PROGRAM
    • Pusat Kokurikulum, UTHM.

No comments: