Monday, December 29, 2014

VIVA - 1) NURUL ASHIKIN BTE ISMAIL (KWZ) 2) ABDULLAH (PIT)

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan dua (2) peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-

Nama Pelajar             : Nurul Ashikin bte Ismail
Program                     : Sarjana Sains
Tarikh                         : 29 Disember 2014
Masa                          : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                       : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama          : Prof. Datin Dr. Maryati bte Mohamed
Pemeriksa Luar          : Dr. Arthur YC Chung (Jab Perhutanan Sabah)
Pemeriksa Dalam       : Prof. Madya Dr. Seow Ta Wee
Pengerusi                   : Prof. Madya Dr. Wan Fauziah bte Wan Yusoff
Tajuk Tesis                 : ETNOENTOMOLOGI DALAM KALANGAN KAUM ORANG ASLI DAN MELAYU DI SEMENANJUNG MALAYSIA



Nama Pelajar             : Abdullah
Program                     : Doktor Falsafah Teknologi Maklumat
Tarikh                         : 29 Disember 2014

Masa                          : 10.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                      : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama         : Prof. Madya Dr. Nazri bin Mohd Nawi
Pemeriksa Luar         : Prof. Dr. Md Yazid bin Mohd Saman (UMT)

Pemeriksa Dalam      : Prof. Madya Dr. Mohd Najib bin Mohd Salleh
Pengerusi                  : Prof. Dr. Sulaiman bin Hasan

Tajuk Tesis                : IMPROVED CUCKOO SEARCH BASED NEURAL NETWORK LEARNING ALGORITHMS FOR DATA CLASSIFICATION

Y.Bhg.Prof /Tuan /Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.

Sekian,
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Wednesday, December 24, 2014

VIVA - QUIN ANAK EMPARAN

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-
Nama Pelajar             : Quin Anak Emparan
Program                     : Sarjana Kejuruteraan Awam
Tarikh                         : 24 Disember 2014 (Rabu)
Masa                          : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                       : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama          : Dr. Norshuhaila bte Mohamed Sunar
Pemeriksa Luar          : Prof. Madya Dr. Mohd Suffian bin Yusoff (USM)
Pemeriksa Dalam       : Prof. Madya Dr. Norzila bte Othman
Pengerusi                   : Prof. Madya Dr. Mohammad Faiz Liew bin Abdullah
Tajuk Tesis                 : BIOMEDIATION OF BIODIESEL AND DIESEL CONTAMINATED SOIL BY USING PSEUDOMONAS PUTIDA
 
Y.Bhg.Prof /Tuan /Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.

Sekian,
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Tuesday, December 23, 2014

VIVA - SITI NURUL AINI BTE ZOLKEFLE (KFA)

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-
Nama Pelajar                 : Siti Nurul Aini bte Zolkefle
Program                         : Sarjana Kejuruteraan Awam
Tarikh                             : 23 Disember 2014 (Selasa)
Masa                              : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                           : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama              : Prof. Madya Dr. Adnan bin Zainorabidin
Pemeriksa Luar              : Prof. Madya Dr. Siti Noor Linda bte Taib (UNIMAS)
Pemeriksa Dalam           : Dr. Khairul Nizar bin Mohd Yusof
Pengerusi                       : Prof. Madya Dr. Noridah bte Mohamad
Tajuk Tesis                     : THE DYNAMIC BEHAVIOUR OF JOHOR PEAT SOIL UNDER DIFFERENT FREQUENCIES
 
Y.Bhg.Prof /Tuan /Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.

Sekian,
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Monday, December 22, 2014

Karnival Inovasi 2014 Pusat Pengajian Diploma

Karnival Inovasi 2014 Pusat Pengajian Diploma

Tarikh : 22 Disember 2014 (Isnin)
Masa : 8.00 ~ 2.00 ptg
Tempat : DTMI

Sunday, December 21, 2014

Majlis Diskusi Ilmu “Refleksi Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) Bagi Akhir Tahun 2014”


YBhg. Prof./Tuan/Puan,

MAKLUMAN MENGENAI MAJLIS DISKUSI ILMU BERTAJUK “REFLEKSI PENCAPAIAN SASARAN KERJA TAHUNAN UNIVERSITI (SKTU) BAGI AKHIR TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti (PPSK) akan menganjurkan Majlis Diskusi Ilmu Refleksi Pencapaian Sasaran Kerja Tahunan Universiti (SKTU) Bagi Akhir Tahun 2014. Justeru itu kehadiran ke majlis tersebut adalah DIWAJIBKAN.

3. Sehubungan itu, pihak kami memohon jasa baik YBhg. Prof./tuan/puan agar dapat menghebahkan perkara ini kepada semua staf di bawah seliaan YBhg. Prof./tuan/puan seperti butiran berikut :

Tarikh : 21 Disember 2014 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim (DSI)

Segala kerjasama YBhg. Prof./tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,




PROF. Dr. NORAINI BINTI KAPRAWI
Pengarah
Pejabat Pengurusan Strategik dan Kualiti
7850




s.k ~ YBhg. Dato’ Naib Canselor

~ YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)

~ YBhg. Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)

~ YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

 
ATUR CARA
MAJLIS DISKUSI ILMU BERTAJUK
REFLEKSI PENCAPAIAN SASARAN KERJA TAHUNAN UNIVERSITI (SKTU) BAGI AKHIR TAHUN 2014

21 DISEMBER 2014 (AHAD)
DEWAN SULTAN IBRAHIM (DSI)

8.30 pagi : Ketibaan Staf dan Pegawai Universiti

8.45 pagi : Ketibaan Naib Canselor UTHM

~ YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh Dalimin

8.50 pagi : Bacaan Doa

Nyanyian Lagu Negaraku & Bangsa Johor

9.00 pagi : Ucapan Aluan Pengarah PPSK

~ YBhg. Prof. Dr. Noraini binti Kaprawi

9.15 pagi : Diskusi Ilmu Bertajuk “Refleksi PencapaianSKTU bagi Akhir Tahun 2014”

~ YBhg. Prof. Dato'. Dr. Mohd Noh bin Dalimin

11.00 pagi : Sesi Soal Jawab
11.30 Pagi : - Penyampaian sijil penghargaan kepada Juruaudit
Dalaman Amalan 5S UTHM 2014

- Penyampaian sijil penghargaan kepada Juruaudit Kualiti MS ISO 9001:2008 UTHM 2014

12.30 tengahari : Nyanyian Lagu Gemilang UTHM

1.00 petang : Bersurai

Wednesday, December 17, 2014

Fiesta Kokurikulum Mahasiswa (FIESKOM) , UTHM - 2014



Fiesta Kokurikulum Mahasiswa (FIESKOM) , UTHM - 2014
 
FIESKOM UTHM 2014 ini dirancang untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa/i bagi menghayati pembangunan modal insan yang menggariskan 7 elemen kemahiran insaniah sebagai panduan sejajar dengan tema kita pada tahun ini iaitu "Kokurikulum Pemangkin Kelestarian Modal Insan Berkualiti". 

Bagi setiap acara yang dipertandingkan, perlu melibatkan kesemua mahasiswa dan mahasisi UTHM bagi melengkapkan lagi konsep 1 Malaysia sekaligus memantapkankan elemen kemahiran insaniah bagi setiap mahasiswa/i.

Segala aktiviti yang di anjurkan telah dicatat di dalam "Kalendar" FIESKOM 2014 yang telah disediakan bagi memudahkan pelajar untuk mengetahui lokasi dan tarikh - tarikh yang telah di tetapkan untuk setiap aktiviti disepanjang program ini diadakan.  

Sila hubungi pihak yang terlibat bagi sebarang masalah dan pertanyaan.

Malam Kebudayaan
Tarikh : 17 Disember 2014 (Rabu)
Masa : 8.00 Malam
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim

Majlis  Perasmian Penutup FIESKOM
Tarikh : 18 Disember 2014 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Sultan Ibrahim


Mengenai FIESKOM


LATAR BELAKANG

FIESKOM UTHM 2014, adalah merupakan sebuah aktiviti kokurikulum secara bersepadu yang menggabungkan kesemua teras yang ditawarkan di Universiti dengan menekankan aspek pembangunan Kemahiran Insaniah dalam diri setiap mahasiswa dan mahawasiswi. Oleh itu, program yang dirancang sebagai acara kemuncak bagi pelaksanaan hari kokurikulum setiap tahun ini melibatkan seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan Pusat Kokurikulum.
Justeru itu, program ini sebagai salah satu usaha bagi menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam aktiviti - aktiviti yang di anjurkan supaya pelajar bukan hanya didedahkan dengan akademik sahaja malah dalam bidang kokurikulum juga.


OBJEKTIF
  • Memberikan platform untuk semua mahasiswa/i UTHM mempraktikkan kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang berada di UTHM.
  • Melahirkan mahasiswa/i yang prihatin dan bersedia untuk memberikan khidmat kepada masyarakat setempat menerusi kemahiran dan pengalaman yang dimiliki.
  • Mengukuhkan kesedaran mahasiswa/i berkenaan kepentingan modal insane yang berkualiti selain pencapaian akademik yang cemerlang
  • Menjana kesedaran akan pentingnya penjagaan kesihatan menerusi aktiviti sukan dan riadah agar membentuk mahasiswa/i yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.

MATLAMAT
    • Mahasiswa/i yang bakal dilahirkan oleh UTHM bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik menerusi aktiviti kokurikulum ini, tetapi juga seimbang dalam aspek pembinaan sahsiah diri serta penerapan modal insan dan pembelajaran berterusan, iaitu di luar konteks akademik. Justeru itu, melalui program seperti inilah pelajar dapat menimba pengalaman baru dan menambah pengetahuan mengenai bidang di luar akademik

TEMA
    • “Kokurikulum Pemangkin Kelestarian Modal Insan Berkualiti”

TARIKH PROGRAM
    • 11 hingga 18 Disember 2014

LOKASI
    • Sekitar kampus UTHM

PENGANJUR PROGRAM
    • Pusat Kokurikulum, UTHM.

Sunday, December 14, 2014

Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor IPTA Bil 3/2014


Mesyuarat Jawatankuasa Naib Canselor / Rektor IPTA Bil 3/2014

Tarikh : 14 Disember 2014 (Ahad)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Kelab Batu Pahat
Program : Majlis Makan Malam

Tarikh : 15 Disember 2014 (Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik Banquet, Dewan Sultan IbrahimUTHM
Program : Mesyuarat


Thursday, December 11, 2014

Pelancaran Program Khidmat Masyarakat UTHM bersama Masyarakat

Pelancaran Program Khidmat Masyarakat UTHM bersama Masyarakat

Tarikh : 11 Disember 2014 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Foyer Bangunan HEP

Lokasi : Felda Tenang, Labis. 11~13 Disember 2014
Anjuran P3P

Wednesday, December 10, 2014

Program UN International Civil Aviation Day 2014


Assalamualaikum w.b.t. / Salam Sejahtera

Y.Bhg. Prof. Dato' / Prof. / Tuan / Puan,

PROGRAM  UN INTERNATIONAL CIVIL AVIATION DAY (ICAD 2014).

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan akan menganjurkan  Program UN International Civil Aviation Day 2014. Butiran program sebagaimana berikut:

                Program               :              
UN INTERNATIONAL CIVIL AVIATION DAY 2014
                Tarikh                   :               10 Disember 2014
                Tempat                 :              
DTMI
                Masa                    :               2.00 ptg hingga 4.30 ptg
                Tema                    :               “Promoting Global Friendship and Understanding”
                Penceramah         :               Kapten Kamarudin Kamilin
                                                             Head of Flight Operations, MAS
               
2. Sehubungan dengan itu, pihak fakulti amat berbesar hati menjemput semua warga UTHM bagi memeriahkan lagi sambutan program pada tahun ini. Program ini juga akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf. Tentatif penuh program adalah seperti lampiran 1.

Sekian, terima kasih.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Prof. Ir. Dr. Hj. Abas bin Ab. Wahab
Pengarah
UN International Civil Aviation Day ( ICAD2014)
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Unversiti Tun Hussein Onn Malaysia


Lampiran 1.

MASA
AKTIVITI
8.30 Pagi

Pendaftaran dan taklimat peserta pertandingan
        -       Pertandingan Rotor Egg Drop
        -       Pertandingan Glider
        -       Pertandingan Mewarna
        -       Pertandingan Melukis

9.00 Pagi

Pertandingan bermula
        -       Pertandingan Rotor Egg Drop
        -       Pertandingan Glider
        -       Pertandingan Mewarna
        -       Pertandingan Melukis

9.00 – 11.30 Pagi
Lawatan ke Learjet.
12.00 T/hari

Jamuan tengahari



2.15 Ptg

2.30 Ptg













Majlis Perasmian

Ketibaan Penceramah, Tetamu Jemputan & Pegawai Kanan UTHM

Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

Nyanyian lagu ‘Negaraku'

Bacaan Doa

Ucapan Alu-aluan Dekan YBhg. Prof. Madya Dr. Yusri bin Yusof
Penasihat Program UN International Civil Aviation Day  2014

Ucapan Perasmian YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
Naib Canselor UTHM

Gimik Perasmian

2.45 Ptg



3.30 Ptg



Timbalan Pengarah memperkenalkan penceramah

Ceramah Perdana oleh : Kapten Kamarudin Kamilin
Head of Flight Operation, MAS

Penyampaian hadiah kepada peserta pertandingan "Glider & Rotor Egg Drop"
Penyampaian cendarahati kepada penceramah oleh Dato’ NC
Penyampaian cendarahati kepada Dato’ NC oleh Dekan

 
4.00 Ptg

Nyanyian lagu ‘Gemilang UTHM’

4.15 Ptg

Lawatan
     -     Tapak Pameran / Booth
     -     Simulator penerbangan
     
4.30 Ptg

Minum petang


 * Pameran akan berlangsung mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang*

-

Majlis Syarahan Perdana UTHM Siri 2/2014

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

UTHM/PP/100-6/5/1 Jilid 4 ( 112 )                                               26 November 2014

_____________________________

PEKELILING AM BIL. 97 TAHUN 2014
_____________________________

MAJLIS SYARAHAN PERDANA
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA SIRI 2/2014

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti akan menganjurkan Majlis Syarahan Perdana UTHM Siri 2/2014 sepertimana ketetapan berikut :

    Tarikh       :   10 Disember 2014 (Rabu)
    Masa        :    9.00 pagi
    Tempat     :    Dewan Bankuet, Dewan Sultan Ibrahim (DSI)
    Pemidato   :    YBhg. Profesor Dr. Rosziati binti Ibrahim Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

  1. Majlis ini akan diambilkira dalam keperluan jam latihan atau kursus staf sebagai salah satu kriteria penilaian dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Staf.

  1. Sehubungan dengan itu, semua STAF AKADEMIK adalah DIWAJIBKAN HADIR manakala staf bukan akademik dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memberikan komitmen dan memeriahkan lagi program yang dianjurkan

  1. Pengecualian hanya diberikan kepada staf yang tidak dapat meninggalkan tugas seperti staf yang mempunyai komitmen dengan program lain/aktiviti persidangan/ seminar/ kursus.

  1.             Bersama-sama ini dilampirkan tentatif program untuk perhatian YBhg. Prof. Dato’/ YBhg. Prof./Tuan/ Puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar


ABDUL HALIM BIN ABDUL RAHMAN
Pendaftar
' : 07-4537100




s.k.     -        YBhg. Dato’ Naib Canselor
          -        Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)
-        Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
-        Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)
-        Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan   Fasiliti dan ICT)
-        Penolong Naib Canselor (Hubungan Universiti dan Industri)
-        Dekan-Dekan Fakulti
-        Pengarah-Pengarah Pejabat/Pusat
-        Ketua-Ketua Pejabat/Pusat/Unit


AHAR/NK/hmh/25062014/Pekeliling Am UTHM

 
ATURCARA

MAJLIS SYARAHAN PERDANA

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

DEWAN BANKUET, DEWAN SULTAN IBRAHIM (DSI)

10 DISEMBER2014

**********************************************

 9.00 pagi      :        Tetamu mengambil tempat

9.30 pagi      :        Perarakan masuk ahli Senat Universiti dengan diiringi muzik gamelan

                              Perarakan masuk YBhg. Naib Canselor dan Pemidato Syarahan Perdana dengan diiringi oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa),
                             Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Pendaftar

                   :        Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Bangsa Johor

                   :        Bacaan Doa

 :                                    YBhg. Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) memperkenalkan Pemidato Syarahan Perdana

:                                    Syarahan Perdana oleh Pemidato

                                                        YBhg. Profesor Dr. Rosziati binti Ibrahim

                  Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

                             Tajuk Syarahan : ” Current Issues and Future Prospects of Software Engineering & Image Processing”

 :                                    YBhg. Naib Timbalan Canselor (Akademik & Antarabangsa) memberi ulasan dan menutup majlis

                    :        Penyampaian Sijil kepada Pemidato Syarahan Perdana

                   :        Nyanyian Lagu Gemilang UTHM

                    :        Perarakan Keluar

12.00 t/hari  :        Bersurai


Tuesday, December 9, 2014

Program Kembara Dakwah 2014 bersama Al-Habib Kadhim Jaafar Muhammad As-Saqqaf


Assalamualaikum w.b.t…

YBhg. Prof/Dato'/Datin/Tuan/Puan,


Dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Program Kembara Dakwah sepertimana butiran berikut :

            Tarikh             :           9 Disember 2014 (Selasa)
            Masa               :           7.00 petang hingga selesai
            Tempat           :           Masjid UTHM
            Penceramah :           Al-Habib Kadhim Jaafar Muhammad As-Saqqaf

Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput  YBhg. Prof/Dato'/Datin/Tuan/Puan, untuk hadir ke majlis ilmu ini. Segala kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai serta diucapkan jutaan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,


HJ. BAHARUDIN BIN YAMAN @ ABD. GHANI
Ketua Pusat Islam (Menjalankan Tugas)
Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 3351


ANTARA PESANAN Al-Habib Kadzim As-Saqqaf

Terdapat beberapa amal yang mudah, dan ringan untuk dilakukan tapi ganjaran sangat besar.

Terkadang seorang Muslim atau Muslimah boleh mendapat ganjaran pahala sebanyak 1.5 bil. dalam masa 2 saat saja.

Tahukan anda apa ibadah itu?

Sebutlah, “Astaghfirullah lil Mu'minina wal Mu',minat”.
- Habib Kadzim As-Saqqaf -

Dalam hadis, Nabi Sollallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
“Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat, akan diberikan ganjaran sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat pada zaman itu”.

Sekarang, terdapat 1.5 bil orang Islam di dunia, jadi dengan menyebut zikir di atas, kita boleh mendapat ganjaran yang sebanyak itu juga.

Bila mana seseorang melazimkan istighfar sebegini, khususnya sebanyak 27 kali setiap hari, setelah beberapa lama akan nampak keberkesanannya iaitu akan nampak kasih sayang yang ditunjukkan oleh ALLAH SWT kepada anda, sehingga anda akan tergolong dalam golongan orang-orang yang doanya dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

Jika dilazimkan lebih daripada sekali sehari – iaitu pagi dan petang – maka, akan semakin tinggi darjat seseorang di sisi ALLAH, untuk dikasihi dan disayangi oleh ALLAH.
[Tausiyah dari Al-Habib Kadzim As-Saqqaf]
*Astaghfirullah lil Mu'minina wal Mu'minat*

Sollallahu 'alaa Sayyidina MUHAMMAD, Sollallahu 'alaihi Wasallam

VIVA - 1) BABAJI SHUAIBU SANUSI (KWZ) 2) KHADIJAH MD ARIFFIN (PPF)

Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Siswazah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan mengadakan dua (2) peperiksaan lisan (VIVA) untuk pelajar yang dimaksudkan seperti butiran di bawah :-
Nama Pelajar                     : Babaji Shuaibu Sanusi
Program                             : Sarjana Sains
Tarikh                                 : 09 Disember 2014 (Selasa)
Masa                                  : 9.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                               : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama                  : Prof. Datin Dr. Maryati bte Mohamed
Pemeriksa Luar                  : Dr. Rosnida bte Mohd Noh (UiTM)
Pemeriksa Dalam               : Dr. Kahirol bin Mohd Salleh
Pengerusi                           : Prof. Madya Dr. Muhammad Mahadi bin Abdul Jamil
Tajuk Tesis                         : EPIDEMIOLOGICAL AND A WARENESS STUDY OF TUBERCULOSIS IN BATU PAHAT, JOHOR MALAYSIA



Nama Pelajar                      : Khadijah bte Md Ariffin
Program                              : Doktor Falsafah Pengurusan Harta Tanah dan Fasiliti
Tarikh                                  : 09 Disember 2014 (Selasa)

Masa                                   : 10.30 pagi (Pembentangan terbuka)
Tempat                                : Studio Pendidikan, UTHM
Penyelia Utama                   : Prof. Madya Sr Dr. David Martin @ Daud Juanil
Pemeriksa Luar                   : Prof. Sr Dr. Miswan @ Abdul Hakim bin Mohammed (UTM)

Pemeriksa Dalam                : Dr. Mohd Lizam bin Mohd Diah
Pengerusi                            : - dimaklumkan kelak-

Tajuk Tesis                          : FRAMEWORK FOR THE FULL PHASE OF AUDIT ASSESSMENT PROCESS ON PUBLIC BUILDING IN MALAYSIA



Y.Bhg.Prof /Tuan /Puan anda semua dijemput hadir semasa sesi pembentangan terbuka dan kehadiran Y.Bhg.Prof / Tuan / Puan amat dialu-alukan.
Sekian,
"DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA"

Sunday, December 7, 2014

Operasi Khidmat Masyarakat 2014 (OPKIM 2014)


Operasi Khidmat Masyarakat 2014 (OPKIM 2014)

Tarikh : 5-7 Disember 2014 (Jumaat ~ Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : SMK Dato' Sulaiman

Thursday, December 4, 2014

Seminar memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat Negeri Johor

Kepada Staf
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

YBhg. Prof/tuan/puan

SEMINAR MEMPERKASAKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH PERINGKAT NEGERI JOHOR

Sukacita dimaklumkan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dengan kerjasama Institut Penyelidikan Ahli Sunnah Wal Jamaah, UTHM akan mengadakan seminar berkenaan seperti maklumat berikut :-
           
Tarikh              :           04 Disember 2014 (Khamis)
           
Tempat            :           Masjid UTHM
           
Masa               :           9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
           
Penceramah   :           Kiyai Muhamad Idrus Ramli
                                                                                                Kumpulan Pakar ASWAJA Jawa Timur, INDONESIA
           
Sehubungan itu, staf UTHM dijemput hadir. Harap maklum. Terima kasih.



“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Penolong Naib Canselor (Hubungan Industri dan Masyarakat)