Saturday, October 11, 2014

Majlis Perasmian Festival Konvokesyen 2014 (FestKon’14)

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera

Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof/Tuan/Puan,

MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL KONVOKESYEN 2014 (FESTKON’14) UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Kali Ke-14 yang dijadualkan pada 11 Oktober 2014 sehingga 13 Oktober 2014 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.

3.         Pihak Universiti merancang untuk mengadakan Festival Konvokesyen 2014 (FestKon’14) bermula pada 08 Oktober 2014 sehingga 13 Oktober 2014. FestKon’14 ini merupakan program aktiviti pelajar yang utama di institut pengajian tinggi awam bagi meraikan mahasiswa terutama yang akan bergraduat pada Majlis Konvokesyen dalam tahun tersebut, di samping ia boleh memperkasakan elemen-elemen kemahiran insaniah kepada pelajar-pelajar seperti yang ditetapkan oleh dasar pengajian tinggi negara.

4.         Sehubungan itu, pihak Universiti amat berbesar hati ingin mengundang Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof/Tuan/Puan untuk hadir pada Majlis Perasmian Festival Konvokesyen 2014 (FestKon’14)  seperti ketetapan berikut:

Tarikh                       :           11 Oktober 2014 (Sabtu)
Masa                         :           8.30  malam
Tempat                     :           Padang Kawad, UTHM
Pakaian                    :           Smart Casual

5.         Bersama-sama ini dilampirkan aturcara program untuk rujukan Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof/Tuan/Puan. Kerjasama dan keprihatinan Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof/Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.  

Sekian.

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Yang benar,




ABD HAMID BIN YUSOF
Timbalan Pendaftar (Hal Ehwal Pelajar)
Pejabat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
(453 7035


ATURCARA
Majlis Perasmian Festival Konvokesyen (FestKon’14)  
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
bersempena Majlis Konvokesyen Ke 14
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



11 Oktober 2014 (Sabtu)
Pentas Padang Kawad UTHM



8.15 malam     -           Ketibaan Tetamu Jemputan

8.30 malam     -           Ketibaan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Noh Dalimin
                                    Naib Canselor, UTHM

8.45 malam     -           Ketibaan Tetamu Kehormat Perasmi
                                    Yang Berhormat Tuan Haji A. Aziz bin Ismail
                        ADUN Kawasan Senggarang
           
                        -           Nyanyian Lagu Bangsa Johor

                        -           Nyanyian Lagu Negaraku

                        -           Ucapan Kata Aluan
                                    YBhg. Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd Kassim
                                    Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

                        -           Ucapan Perasmian oleh Tetamu Kehormat Perasmi
                                    Yang Berhormat Tuan Haji A.Aziz bin Ismail
                         ADUN Kawasan Senggarang


                          -         Simbolik Perasmian

                           -        Penyampaian Cenderamata kepada Tetamu Kehormat Perasmi

                           -        Persembahan Delegasi Universiti Gadjah Mada, Indonesia

                           -        Konsert Bersama Artis Jemputan & Keroncong Bintang Selatan

11.00 malam      -         Majlis Bersurai

No comments: