Monday, May 12, 2014

Minggu Kualiti Pejabat Pendaftar 2014



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan,

MINGGU KUALITI PEJABAT PENDAFTAR 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar akan menganjurkan MINGGU KUALITI PEJABAT PENDAFTAR 2014Program tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 11 - 15 Mei 2014 (Ahad - Khamis)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Sekitar Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

3. Untuk makluman, kaunter semua bahagian/unit Pejabat Pendaftar akan dibuka sebagai platform kepada pengguna untuk urusan seperti semakan buku kp, kajian kepuasan pelanggan Pejabat Pendaftar, pertukaran kad matrik dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut mengenai program ini, sila rujuk brosur yang dilampirkan.

4. Oleh itu, semua warga UTHM adalah dialu-alukan untuk memeriahkan serta mengoptimumkan perkhidmatan kaunter yang disediakan. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Y. Bhg. Prof./Tuan/Puan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.


“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”

Jawatankuasa Promosi dan Publisiti
Minggu Kualiti Pejabat Pendaftar 2014

No comments: