Tuesday, May 27, 2014

Majlis Sambutan Isra’ dan Mikraj 1435H/ 2014M


Assalamualaikum…w.b.t.

Y.Bhg Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ DAN MIKRAJ 1435H/2014M ANJURAN PUSAT ISLAM UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Islam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia akan menganjurkan Majlis Sambutan Isra’ dan Mikraj 1435H/ 2014M iaitu seperti ketetapan berikut:

      Tarikh                :        27 Mei 2014 (Selasa)
      Masa                :        8.30 pagi hingga 11.30 pagi
      Tempat                :        Dewan Seminar al-Farabi, Masjid UTHM
      Penceramah        :        Tn. Sheikh Bahrain bin Jalal
                                Kadi Daerah Batu Pahat,
                                Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat

Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput Y.Bhg Dato’/Datin/Prof./Tuan/Puan untuk menghadiri majlis tersebut sebagai memperingati dan menghayati peristiwa Isra’ dan Mikraj yang begitu penting dalam sejarah Islam. Kehadiran staf UTHM ke majlis ini akan direkodkan dalam Jam Kursus Staf. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Ustazah Zurina bte Muhammad @ Shamsudin di talian 07-4533493.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,



HJ. BAHARUDIN BIN YAMAN @ ABD. GHANI
Ketua Pusat Islam (Menjalankan Tugas)
Pusat Islam
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Samb : 3351

No comments: